Connect with us

Oh! Media

‘Part Nangis Real Betul’, Dituduh Pembunuh. Kim Soo Hyun Robek Hati Penonton Dalam One Ordinary Day

Branded

‘Part Nangis Real Betul’, Dituduh Pembunuh. Kim Soo Hyun Robek Hati Penonton Dalam One Ordinary Day

Satu demi satu kemunculan drama dari Korea Selatan mula membuka mata dunia akan kehebatan drama yang dihasilkan dari negara itu. Kepelbagaian genre dan realiti kehidupan yang dipaparkan membuatkan ramai penonton merasakan mereka boleh relate dengan situasi yang dibawakan.

Terbaru drama berkonsepkan crime thriller bertajuk One Ordinary Day menemui penonton secara eksklusif menerusi saluran Viu. Drama ini mendapat perhatian ramai kerana menampilkan 2 pelakon terkenal dan berbakat Korea Kim Soo Hyun dan Cha Seung-won.

[AMARAN SPOILER]

Untuk korang yang nak tonton cerita ni, 6 episod pertama cerita ini telah dikategorikan 19+. Watch at your on risk!

Cerita bermula dengan watak Kim Hyun Soo (Kim Soo Hyun) yang merupakan seorang pelajar universiti biasa yang hidup dalam keadaan sederhana. Satu malam dalam perjalanan nak ke parti yang dianjurkan rakannya, dia telah terjumpa seorang wanita, Hong Gook-hwa (Hwang Se-on).

Masa ni Hyun Soo keluar curi-curi dengan bawa teksi ayah dia, dan Gook-hwa pula terus masuk dalam teksi tu walaupun Hyun Soo cakap dia tak ambil penumpang.

Hyun Soo batalkan rancangan nak ke pool party kawan dia dan menghabiskan malam dengan perempuan tu. Tapi sesuatu yang mengerikan berlaku, Hong Gook-hwa dijumpai mati dibunuh dengan kejam dengan 13 kesan tikaman apabila Hyun Soo bangun daripada tidur. 

Hyun Soo yang ketakutan dan bingung mulanya nak melarikan diri, tapi terserempak dengan polis peronda yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan. Keadaan dan bukti yang menunding ke arahnya, menyebabkan Hyun Soo dijadikan suspek utama kes pembunuhan ini.

Dalam tahanan, polis dan pendakwa raya pula ingin kes ini diselesaikan segera kerana menarik minat masyarakat dan media. Hyun Soo pada mulanya disuruh untuk mengaku sebagai pembunuh bagi mengurangkan hukuman, tapi ada seorang peguam gred 3, Shin Joong-han (Cha Seung-won) yang menyedarkan dia daripada terperangkap menjadi kambing hitam. 

Kalau korang tengok One Ordinary Day ni, korang boleh rasai emosi Hyun Soo dan rasa sekali ketakutan apabila Hyun Soo dituduh sebagai pembunuh dan masa dia cakap yang dia tak bersalah. Sedih gila!!

Adakah Hyun Soo tidak bersalah? Saksikan One Ordinary Day secara eksklusif di Viu

Bagi korang yang agak familiar dengan jalan cerita ni, One Ordinary Day ni merupakan adaptasi siri BBC yang terkenal pada tahun 2008 yang bertajuk Criminal Minds.

Adaptasi Korea telah diarahkan oleh pengarah terkenal Lee Myung-woo yang merupakan pengarah untuk The Fiery Priest, jadi korang pasti takkan kecewalah dengan drama ni.

One Ordinary Day mempunyai 8 episod yang korang boleh saksikan secara eksklusif di Viu, setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10 malam, https://oneordinaryday.onelink.me/qIwu/6317d2ce.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas