Connect with us

Oh! Media

Internet Berkelajuan Tinggi, Tanpa Had Kelajuan & 50% Lebih Murah, Mana Nak Dapat?

Branded

Internet Berkelajuan Tinggi, Tanpa Had Kelajuan & 50% Lebih Murah, Mana Nak Dapat?

Sejak kebanyakan masa kita spend je dekat rumah, memang tak lepas la phone dekat tangan. Bukak IG, Twitter, Facebook, tu tak termasuk lagi kena kalau kena work from home, lagilah kena Internet kena laju dan stabil. Tapi takpa, Digi faham dengan keperluan korang sebab sekarang Digi perkenalkan pelan postpaid lebih murah, yalah time-time sekarang, semua orang pun nak berjimat kan.

Yang bestnya, pelan Internet tak ada pembahagian kuota kompleks tapi kekal pantas tanpa had kelajuan. Selain fungsi basic smartphone, kini korang boleh digunakan sebagai hotspot tethering. Setiap pelan juga dilengkapi panggilan tanpa had ke semua rangkaian, sama macam pelan sebelumnya.

Internet pantas tanpa had kelajuan

Bercakap pasal pelan Internet, yang paling penting semestinya kelajuannya kan? Dengan Digi, mereka tawarkan Internet berkelajuan tinggi tanpa had kelajuan. Kalau korang yang nak bertukar ke Digi tapi tak yakin dengan kelajuan, say no more! 

Sebabnya Digi telah memenangi Speedtest Awards oleh Ookla untuk kelajuan rangkaian mudah alih sepanjang suku ketiga-keempat 2020. Untuk memenangi anugerah ini Digi mencapai Speed Score 29.36! So Digi memang menepati tagline, No 1 Di Malaysia, Rangkaian Mudah Alih Terpantas.

Tawaran add-ons menarik

Selain itu, ada juga tawaran hebat dengan add-on percuma untuk rebat seperti Google Play dan Apple App Store yang bernilai sehingga RM15 sebulan, maknanya untuk setahun dapat RM180 nilai rebat! 

Ataupun kalau tak nak rebat, korang boleh pilih untuk dapatkan kuota Internet tambahan. Boleh la lepas ni binge-watching atau layan game tanpa buffering. So, korang boleh pilih satu je tau!

Bayar separuh harga untuk 6 line keluarga

Tahu tak sekarang kita boleh daftar sehingga 6 line keluarga dengan Digi untuk setiap line Principal? Paling best, ada potongan 50% untuk setiap line, serendah RM20 je sebulan! Memang berbaloi bro.

Contohnya untuk pelan Family 40, bayar je RM20 untuk line tambahan, pengguna dapat 10GB semua akses Internet laju tanpa halangan. Tak cukup? Boleh je kuota dikongsi dari line principal, tak ada masalah. Lepas ni kalau tak cukup data nak layan Netflix, boleh la mintak dekat ayah ke, mak ke, akak ke, sharing is caring kan?

Semua manfaat ini juga boleh dinikmati dengan melanggan Family 60 dengan RM30 dan dapat 25GB Internet. Nak manfaat lagi banyak? Apa kata subscribe Family 90 yang berbaloi-baloi!

Smartphone tanpa perlu bayar upfront, ansuran tanpa faedah

Dengan pelan Family 90, pengguna dapat 50GB Internet dan semua manfaat seperti di atas dan TAMBAHAN kelayakan untuk PhoneFreedom365 guys! Pembiayaan untuk smartphone juga diturunkan dari RM90 ke RM60 sebulan! Tak ada alasan lagi dah untuk tak tukar smartphone!

Bayangkan dapat device yang dah lama diidamkan tak payah bayar upfront dan free interest pulak tu! So kalau ada adik atau korang sendiri perlukan device baru untuk kelas di rumah ke, untuk WFH ke, memang sesuai sangatlah.

Ada lebih dari satu device? Korang boleh menggunakan kuota Digi Postpaid ke device kedua dengan Gadget SIM dengan hanya RM10 sebulan, tak perlu akaun berasingan dah.

Rebat pun ditawarkan

Tambah menarik, rebat juga ditawarkan untuk produk Digi lain macam Digi Fibre. Tapi special untuk pelanggan Digi Postpaid 60 ke atas je.

Bertukar ke Digi untuk internet lebih menguntungkan

Jadi, apa korang tunggu lagi? Bertukarlah kepada pelan Postpaid Digi untuk nikmati Internet berkelajuan tinggi dan pelbagai ganjaran dan paling penting berpatutan harganya. Untuk keterangan lanjut mengenai pelan Postpaid Digi ini, lawati laman web Digi sekarang!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas