Connect with us

Oh! Media

Ini Iklan Merdeka Wajib Tonton 2021, Siapa Potong Bawang Ni?

Trending

Ini Iklan Merdeka Wajib Tonton 2021, Siapa Potong Bawang Ni?

2 tahun negara kita dilanda pandemik, kesan yang menimpa rakyat tidak tergambar kata-kata. Ada yang kehilangan pendapatan, gaji dipotong, perniagaan terpaksa ditutup, terpisah dengan keluarga untuk jangka waktu lama dan bermacam lagi kepahitan yang terpaksa dilalui.

ADVERTISEMENT

Bukan sahaja kita sebagai orang dewasa, malahan anak-anak juga turut terkena tempiasnya. Zaman yang sepatutnya diisi dengan memori indah zaman persekolahan, belajar, bermain dengan kawan-kawan berlalu begitu saja. Hanya skrin telefon atau laptop jadi pengganti setiap hari.

Impak dirasai bukan saja secara fizikal malahan emosi golongan dewasa, malahan kanak-kanak. Menyelami isu ini, Digi tampil dengan video Hari Kebangsaan, ‘Teladan’. Walaupun masih di usia mentah, kanak-kanak menjadi saksi kepayahan ibu bapa dan orang sekeliling mereka berdepan dengan situasi mencabar sebegini untuk meneruskan kehidupan.

Tanggungjawab menyara keluarga dan menyuap setiap isi rumah menjadikan ujian ini secara tak langsung mengajar anak-anak erti ketabahan, kegigihan dan kesabaran. Apa pun yang berlaku, payah macam mana pun, orang susah tetap wajib dibantu.

Pengajaran yang dilihat sendiri depan mata bakal penyambung generasi masa depan ini diharapkan akan menjadi pedoman serta teladan paling bermakna untuk mereka. Ayat ‘Mungkin semua ini adik akan lebih faham bila besar nanti’ mungkin antara kata-kata paling mendalam sepanjang video.

Boleh dikatakan, sepanjang video, penonton akan bermain dengan emosi sendiri. Mendengar luahan anak-anak kecil mengenai pandangan mereka mengenai Covid-19 yang tidak disangka menyebabkan kesan sebegini besar dalam hidup.

Sesusah mana sekalipun dugaan yang kita tempuhi hari ini, menjadi teladan mereka selamanya. Semoga pelajaran luar bilik darjah yang anak-anak kita belajar ketika ini menjadi punca mereka melihat hidup dengan cara lebih optimis. Dalam apa juga kesusahan, ada jalan penyelesaiannya.

Lebih istimewa, kesemua bahagian dalam video tersebut dirakam oleh videografer dan freelancer yang terkesan secara langsung dan melakukan bermacam kerja untuk mencari rezeki. Mereka merakam footage anak masing-masing di rumah dan menggabungkan menjadi video iklan merdeka seperti yang kita tonton.

Digi mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia untuk seluruh rakyat, duduk di rumah untuk sama-sama bendung penularan Covid-19. Kita pasti menang!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas