Connect with us

Oh! Media

Mencari-Cari Kediaman Idaman, Ini Berita Gembira Untuk Orang Johor!

Branded

Mencari-Cari Kediaman Idaman, Ini Berita Gembira Untuk Orang Johor!

Memilih lokasi kediaman untuk tinggal dan memulakan keluarga adalah antara dilema dihadapi bakal pemilik. Banyak pertimbangan perlu dibuat sebelum dapat membuat keputusan. Untuk warga Johor atau mereka yang tercari-cari projek kediaman di selatan tanah air, ini berita baik untuk korang.

EcoWorld Iskandar Malaysia kini menawarkan kempen “Together We Create The Best Lifestyle in Iskandar Malaysia”. EcoWorld Iskandar Malaysia ada segalanya untuk memenuhi keperluan dari pemilik rumah muda, keluarga yang sedang membesar atau pun usahawan bercita-cita tinggi. Segalanya ada di perbandaran EcoWorld yang menggabungkan aspek rekaan, alam semula jadi dan seni.

Kelebihan Eco Spring

Perbandaran Eco Spring terletak di Koridor Tebrau, Iskandar Malaysia dan terhubung dengan Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL).

Untuk menjamin tahap keselamatan dan keselesaan penghuni, Eco Spring dilengkapi kawasan perumahan berpagar dan dikawal ketat pengawal.

Ia juga dilengkapi fasiliti clubhouse bagi memberi keselesaan kepada penghuni beraktiviti bersama keluarga di hari minggu atau masa lapang.

Seharian bekerja atau menguruskan rumah dan anak-anak, melihat kehijauan dapat melegakan dan mengurangkan stres.

Tambah memudahkan, segala kemudahan terletak berhampiran kawasan kediaman. Antaranya pasar raya, pusat perubatan, sekolah antarabangsa, hab pengangkutan, serta pusat pengajian tinggi.

Sukakan bangunan rekaan ala Eropah klasik yang mewah? Tidak perlu ke luar negara untuk semua itu kerana Eco Spring ada Eco Palladium, kawasan komersial bagi memberi kemudahan kepada penduduk sekitar berbelanja.

Nak bersantai, lepak, ber-OOTD atau makan-makan di hujung minggu? Boleh ke Spring Labs yang cukup Instagrammable! Setiap kawasan begitu cantik menjadi latar belakang untuk bergambar.

Projek ini membawakan konsep seni bina ala Eropah dalam rekaannya. Perumahan terbaru Rosé menawarkan konsep eksklusif, Garden Homes. Garden Homes mempunyai 2 saiz iaitu Téno 3, 30’ x 60’ manakala Rémy 3 pula didatangkan dengan saiz 32’ x 65’.

Garden Homes Rosé ini mempunyai taman sisi berkeluasan 10 kaki dan lorong belakang bersaiz 20 kaki. Kanak-kanak boleh menikmati aktiviti luar rumah tanpa kerisauan ibu bapa yang bimbang akan kenderaan lalu lalang di kawasan perumahan.

Garden Homes di Eco Spring boleh dimiliki dengan ansuran bulanan dari RM3,400*.

Maklumat lanjut boleh klik di laman web EcoWorld atau hubungi wakil jualan mereka untuk selangkah ke arah memiliki rumah impian.

*Tertakluk pada terma & syarat.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas