Selain mata, mata seseorang juga akan tertumpu pada gigi bila berinteraksi dengan individu lain. Sebab itulah penting untuk kita sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan setiap masa.
Bayangkan pakaian semua on point, kulit cantik tanpa sebarang cela, tapi bila senyum, gigi tidak putih. Nampak kecil tapi sebenarnya mempengaruhi penampilan secara keseluruhan. Bukan saja penampilan, tahap keyakinan juga terkesan.
Nak bercakap pun masih rasa malu-malu, nak senyum sampai nampak gigi pun kena kawal. Semuanya bimbang sebab tidak yakin dengan penampilan gigi masing-masing. Tak boleh jadi ni guys, kena usahakan sesuatu sebelum jadi lebih parah.
Ubat gigi Fresh & White Volcanic Whitening Fresh Mint baharu dari Lion Japan ada jawapan untuk korang yang mahu memutihkan gigi. Ubat gigi anti-kaviti ini diformulasikan dengan Mineral Volkanik Jepun yang terbukti memutihkan gigi dalam hanya 2 minggu*.
Bayangkan selama ni korang dah cuba bermacam cara, petua dan rawatan untuk putihkan gigi. Rupanya hanya perlu gunakan selama 2 minggu untuk tengok hasilnya. Mesti tak sabar tengok keputusannya kan?
Ubat gigi Fresh & White Volcanic Whitening Fresh Mint ini mempunyai kuasa menanggalkan kotoran pada gigi. Sebab itulah hasilnya boleh korang lihat dalam 2 minggu.
Untuk lebih faham, jom tengok betapa efektifnya bahan-bahan aktif dalam ubat gigi Fresh & White Volcanic Whitening Fresh Mint ini bekerja menghapuskan kotoran di celah gigi. Jom tengok video di bawah untuk lebih faham.
Dengan setiap kali penggunaan konsisten, ia juga membentuk lapisan perlindungan untuk mencegah pengumpulan kesan kotoran. Jadi, gigi lebih putih berseri!
Kandungan dwi fluorida yang membentuk perisai Anti-Gula iaitu perlindungan pada enamel gigi. Perlindungan ini penting untuk memberi perlindungan aktif terhadap asid gula yang dihasilkan oleh bakteria bagi mengelakkan kaviti.
Sama dengan namanya, Fresh & White, setiap kali memberus korang akan nikmati nafas yang segar dari perisa Fresh Mint di dalamnya. Bagi pengguna Muslim, tak perlu risau dengan status ubat gigi ini kerana patuh syarat halal dan selamat digunakan.
Gigi lebih putih bersinar-sinar, biar benar! Semuanya dalam hanya 2 minggu dengan ubat gigi Fresh & White Volcanic Whitening Fresh Mint baharu. Sekarang boleh didapati di pasar raya, kedai runcit dan farmasi berhampiran. Atau boleh juga dipesan secara online di Shopee di SINI.