Connect with us
tips penjagaan gigi

Oh! Lifestyle

Waktu Yang Tepat Untuk Gosok Gigi Sebelum Atau Selepas Sarapan ? Ini Jawapannya…

Korang kalau gosok gigi sehari berapa kali ? Yang pasti setiap individu disarankan untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari pada waktu pagi dan malam bagi memastikan gigi sentiasa bersih.

Kebiasannya pada waktu malam, kita akan menggosok gigi sebelum tidur supaya mulut dalam keadaan segar dan bersih daripada sisa makanan.

IKLAN

Tapi, korang pernah terfikir tak kalau waktu pagi, kita kena gosok gigi sebelum atau selepas bersarapan ? Doktor gigi menyarankan untuk kita menggosok gigi selepas bersarapan kerana itu ialah waktu terbaik untuk menyingkirkan sisa-sisa makanan yang ada pada gigi.

cara gosok gigi yang betul

Gambar Hiasan

Tapi, kalau korang ambil makanan atau minuman berasid contohnya kopi atau buah-buahan lain, disarankan untuk menggosok gigi sebelum bersarapan.

Kalau korang gosok gigi selepas ambil makanan atau minuman yang berasid ianya boleh menyebabkan kerosakan pada gigi. Menurut American Dental Association, seseorang itu disarankan untuk menggosok gigi sejam selepas makan.

sarapan pagi kopi

Gambar Hiasan

Kalau tak dapat tunggu sejam, kumur mulut dengan air sudah memadai untuk membuang sisa makanan dan minuman yang ada pada gigi. Perlu diketahui, seseorang itu juga tidak perlu untuk kerap menggosok gigi kerana ianya boleh menghakis gusi.

Untuk jangka masa, kita digalakkan untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya 2-4 minit setiap sesi untuk memastikan semua permukaan gigi dibersihkan.

cara floss gigi

Pun begitu, untuk memastikan gigi lebih bersih, penggunaan floss (benang khas gigi) digalakkan untuk membersihkan bahagian celah-celah gigi selain amalam memberus lidah.

Kredit : MyHealth, mStar

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas