Branded
Bila Lalamove, Yellobanana Bergabung, Terhasillah Koleksi Merdeka Paling Cool Tahun Ni!
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, platform penghantaran Lalamove meraikannya dengan merchandise edisi terhad.
Lebih istimewa, kali ini Lalamove bekerjasama dengan pelukis ilustrasi Yellobanana dalam meraikan setiap warga Malaysia yang memastikan negara ini kekal maju dan makmur.
Kempen Kita Move Bersama memberi penghargaan semangat perpaduan dan kebersamaan sesama rakyat.
Merchandise edisi terhad eksklusif karya Yellobanana

Dari hasil seni ke dunia nyata, Yellobanana bersama Lalamove melancarkan merchandise edisi terhad termasuk beg tote dan t-shirt.
Dari 5 Ogos, pengguna berpeluang menang barangan eksklusif dengan menyertai peraduan dalam kempen Kita Move Bersama.
Selain peraduan, pengguna Lalamove juga boleh menebus merchandise menggunakan LalaPoints menerusi program kesetiaan Lalamove, Lalamove Rewards.
Sepanjang bulan kemerdekaan ini, Lalamove akan menjalankan pelbagai kempen yang menawarkan ganjaran kepada penggunanya. Ada macam-macam hadiah menanti antaranya merchandise Kita Move Bersama dan e-baucar dari jenama popular.
Hasil seni Yellobanana pamer hero rakan pemandu Lalamove
Tidak ketinggalan menjadi highlight penting kempen Kita Move Bersama ini adalah lukisan Yellobanana yang memaparkan pemandu Lalamove yang menjadi hero dalam hidup kita sehari-hari.
Lukisan ini menceritakan individu, perniagaan dan masyarakat yang kekal terhubung dengan adanya khidmat Lalamove memudahkan urusan.
Karya ini menampilkan simbol ikonik negara seperti KLCC, Jambatan Pulau Pinang selain elemen budaya tradisi seperti wau, burung enggang serta bunga Rafflesia.
Semua ini demi meraikan kepelbagaian dalam perpaduan yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia menjadi satu.
Maklumat lanjut mengenai kempen Kita Move Bersama ini boleh didapati di laman web Kita Move Bersama Lalamove dan jangan lupa follow Facebook serta Instagram Lalamove untuk ketahui cara-cara untuk menebus merchandise ini.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM