Connect with us

Oh! Media

Watsons Oktober OM

Branded

Banyak Tengok Skrin Buat Mata Lesu & Penat? Watsons Ada Penyelesaian Untuk Mengatasi Masalah Ni!

Bekerja dan belajar daripada rumah membuatkan kita lebih banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer dan telefon pintar setiap hari. Sebab tu kalau korang perasan, mata akan jadi lebih cepat penat dan kadang-kadang rasa nyeri di bahagian sekeliling mata.

Ini kerana skrin komputer dan telefon pintar memancarkan sinaran biru. Jika mata kita terdedah kepadanya untuk jangka waktu yang panjang atau berlebihan, ia boleh memberi kesan bukan sahaja kepada penglihatan malah turut menjejaskan aktiviti seharian.

Lindungi mata anda sempena Hari Penglihatan Sedunia di Watsons

Sempena Hari Penglihatan Sedunia yang disambut 14 Oktober setiap tahun. Watsons telah bekerjasama dengan Optimax Specialist Medical Centre untuk membincangkan dan berkongsi dengan masyarakat Malaysia tentang kepentingan penjagaan mata.

Terdapat 4 episode yang korang boleh tonton, dimana pakar mata berkongsi tentang cara penjagaan mata yang betul.

Episod 1: Adakah mata korang sihat?

Ketahui kesihatan dan masalah mata yang sering menjadi kebimbangan masyarakat Malaysia.

Episod 2: Kesihatan mata untuk golongan berusia

Seiring pertambahan usia, mata memerlukan perhatian tambahan untuk kekal sihat. Episod kali ini, pakar akan memfokuskan bagaimana untuk menjaga kesihatan mata buat golongan berusia.

Episod 3: Penjagaan kanta lengkap

Pada hari ini, penggunaan kanta lengkap telah menjadi satu kebiasaan untuk bergaya dan bagi mereka yang ingin menggantikan penggunaan kaca mata. 

Seperti pentingnya kanta lengkap membantu kita melihat, penjagaan kebersihan kanta lengkap juga penting untuk mengelakkan mata daripada jangkitan kuman.

Mungkin ada beberapa hygiene yang korang terlepas pandang. Tapi tak perlu risau sebab ada pakar boleh membantu. 

Episod 4: Relakskan mata

Korang pernah dengar tentang yoga mata? Kalau tak pernah, korang wajib tonton ni. Pakar mata akan mengajar korang, teknik yang betul untuk merelakskan mata dan memastikan mata mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan hari yang baru.

Kalau korang rasa mata korang ada masalah seperti video yang kami korang kongsikan ni, jangan buang waktu dan biarkan ia terus melarat.

Dapatkan keperlukan penjagaan mata korang secara eksklusif di Watsons dan nikmati penjimatan sehingga 30 peratus dengan setiap pembelian yang di buat di kedai Watsons atau melalui aplikasi Watsons. Klik di SINI menikmati tawaran Watsons.

Eah kejap, Watsons bukan hanya meraikan Hari Penglihatan Sedunia bulan ni, malah bagi memberi sokongan kepada wanita untuk melawan musuh utama mereka iaitu kanser payudara.

Watsons meraikan Positively Pinktober dengan mengajak wanita untuk lebih peka terhadap perubahan pada diri mereka bagi mengesan jika terjadinya barah payudara sedari awal.

Temubual bersama pakar sempena Pinktober

Kalau tadi pakar mata, sempena Pink October Watsons, kedai farmasi ini akan membawakan temu bual khas bersama doktor pakar dari Hospital Pantai untuk membincangkan tentang barah payudara ini.

The Star Health Webinar bersama Watsons & Pantai Hospital

Watsons dalam pada itu turut bekerjasama dengan The Star dan Hospital Pantai sempena penganjuran webinar kesihatan.

Doktor pakar bersama ahli farmasi Watsons akan menerangkan mengenai barah payudara. Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk join Q&A, bagi bertanyakan kemusykilan yang bermain di fikiran korang tentang penyakit ini. Untuk pendaftaran klik di SINI.

Promosi Stay Healthy Pinktober

Bagi menekankan pentingnya penjagaan kesihatan diri buat kaum wanita sempena bulan kesedaran barah payudara.

Watsons turut menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi suplemen tambahan dan produk kesihatan khas untuk pelanggan setia Watsons.

Tingkat kesedaran penjagaan mata & kanser payudara bersama Watsons!

Jom sertai Watsons menyebarkan kesedaran tentang Hari Penglihatan Sedunia dan kesedaran tentang pentingnya langkah pencegahan awal mengenai kanser payudara.

Jangan lupa juga berbelanja di Watsons untuk nikmati lebih banyak penjimatan membeli produk kesihatan. Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.watsons.com.my/promo-protect-your-eye-main

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas