Branded
AIA Himpunkan Artis Pelbagai Generasi, Anjur Konsert Penuh Makna Rai Ulang Tahun ke-10 AIA Vitality Hari Malaysia
Setiap kali tiba Hari Malaysia, ia menjadi antara momen untuk kita meraikan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia cukup istimewa.
Tahun ini, AIA Malaysia turut mengambil peluang tersebut untuk meraikan pencapaian bermakna menerusi Konsert AIA Generasi Malaysia 2026, yang dianjurkan bersempena ulang tahun ke-10 AIA Vitality serta sambutan Hari Malaysia.
Konsert ini menghimpunkan barisan artis popular daripada pelbagai generasi dan genre seperti Michael Wong, Ernie Zakri, 3P, Mimi Fly dan K-Town Clan.
Pemilihan barisan artis daripada latar dan generasi berbeza ini bukan sekadar untuk memeriahkan pentas, tetapi turut mencerminkan kepelbagaian rakyat Malaysia serta bagaimana muzik boleh menyatukan kita melalui pengalaman yang dikongsi bersama.
10 Tahun Galakkan Rakyat Malaysia Pilih Gaya Hidup Lebih Sihat
AIA Vitality bukanlah satu nama yang asing dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana selama 10 tahun, program berasaskan sains ini telah menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah lebih proaktif terhadap kesihatan dan kesejahteraan masing-masing melalui perubahan yang mudah dan konsisten.
Daripada memahami tahap kesihatan sendiri, melakukan pemeriksaan berkala hinggalah membina tabiat lebih sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan dan gaya hidup, AIA Vitality menggalakkan perubahan positif yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Program ini turut menggabungkan pandangan kesihatan yang diperibadikan, penetapan matlamat serta ganjaran bagi menggalakkan ahli terus konsisten dalam perjalanan kesihatan mereka.
Daripada 230 Bilion Langkah Kepada Lebih RM18 Juta Ganjaran
Kalau nak tengok sejauh mana perubahan kecil ini boleh membawa impak, pencapaian AIA Vitality sepanjang 2025 sendiri cukup menarik.
Ahli AIA Vitality telah merekodkan 230 bilion langkah sepanjang tahun lalu, bersamaan lebih 4,500 kali mengelilingi bumi. Dalam tempoh sama, lebih RM18 juta ganjaran turut diberikan kepada ahli atas pilihan gaya hidup lebih sihat yang dilakukan sepanjang tahun.
Data kesihatan yang dikongsikan AIA juga menunjukkan perkembangan positif dalam beberapa aspek, dengan 49 peratus berjaya memperbaiki tahap tekanan darah, 61 peratus mencapai paras kolesterol lebih sihat, 79 peratus memperbaiki tahap glukosa dan 43 peratus memperbaiki BMI.
Angka-angka ini menunjukkan bagaimana amalan kecil yang dilakukan secara konsisten boleh membawa perubahan lebih bermakna terhadap kesihatan dalam jangka panjang.
Kesejahteraan Bukan Sekadar Jaga Kesihatan Fizikal
Bila bercakap tentang gaya hidup sihat, ramai mungkin terus terbayang rutin senaman, pemakanan sihat atau pemeriksaan kesihatan.
Namun, kesejahteraan sebenarnya lebih luas daripada itu.
Selain kesihatan fizikal, kesejahteraan turut dipengaruhi oleh keadaan emosi, hubungan yang kita bina, komuniti yang menjadi sebahagian daripada kehidupan serta pengalaman yang dikongsi bersama orang di sekeliling.
Selepas sedekad menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah lebih aktif terhadap kesihatan, sambutan ulang tahun ke-10 AIA Vitality kali ini turut mengetengahkan pandangan yang lebih menyeluruh terhadap maksud hidup sihat dan sejahtera.
Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Chai Tze Siang berkata, semakin ramai rakyat Malaysia kini memahami bahawa kesihatan yang berkekalan tidak dicapai melalui perubahan drastik dalam tempoh singkat, sebaliknya melalui amalan kecil yang dilakukan secara konsisten setiap hari.
“Itulah falsafah yang menjadi teras program AIA Vitality sejak diperkenalkan 10 tahun lalu dalam membantu rakyat Malaysia membina tabiat sihat yang mampan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna,” katanya.
Artis Pelbagai Bangsa & Generasi Satukan Semangat Malaysia

Semangat kepelbagaian dan kebersamaan inilah yang diterjemahkan menerusi Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 pada 20 September ini di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Dengan menampilkan barisan artis daripada pelbagai latar, generasi dan genre muzik seperti Michael Wong, Ernie Zakri, 3P, Mimi Fly dan K-Town Clan, konsert ini meraikan kepelbagaian yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.
Daripada mereka yang membesar dengan lagu-lagu Michael Wong hinggalah generasi yang mengikuti muzik Ernie Zakri, Mimi Fly, 3P dan K-Town Clan, setiap artis membawa kelompok peminat serta citarasa muzik yang berbeza.
Lebih daripada sekadar persembahan muzik, konsert ini membawa idea bahawa kesejahteraan bukan hanya dipengaruhi oleh kesihatan fizikal, tetapi turut melibatkan hubungan yang dibina, komuniti yang kita miliki dan pengalaman bermakna yang dikongsi bersama.
Sambut 10 Tahun AIA Vitality Bersama Konsert AIA Generasi Malaysia
Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 menjadi salah satu cara AIA meraikan perjalanan 10 tahun AIA Vitality di Malaysia serta komuniti yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut.
Sepanjang sedekad ini, AIA Vitality telah berkembang sehingga mempunyai lebih 391,000 ahli di seluruh Malaysia, menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia mengambil langkah untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan serta kesejahteraan mereka.
Menurut Tze Siang, sambutan ulang tahun ke-10 AIA Vitality bukan sekadar menandakan pencapaian program tersebut sepanjang sedekad lalu, tetapi juga meraikan perjalanan dan kemajuan rakyat Malaysia yang telah mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.
“Ia juga mengingatkan kita bahawa perubahan bermakna tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan komitmen dan sokongan yang berterusan, serta usaha bersama daripada individu, keluarga dan komuniti,” katanya.
Beliau berkata, konsert ini juga turut mengukuhkan komitmen berterusan AIA dalam mencipta impak positif yang berkekalan kepada generasi akan datang.
Hidup sihat bukan hanya tentang berapa banyak langkah yang kita ambil setiap hari, tetapi juga tentang momen, pengalaman dan orang-orang yang menjadikan kehidupan kita lebih bermakna.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan 10 tahun AIA Vitality dan inisiatif AIA Malaysia, korang boleh layari laman web rasmi AIA Malaysia.
