Oh! Lifestyle
Student Menyesal Beli Kereta ‘H’ Sebab Tiada Siapapun Yang Pandang
Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki kereta mewah, ataupun sekadar cukup mempunyai kereta berjenama tempatan kerana lebih murah dan berbaloi.
Dalam satu perkongsian di Facebook ini, seorang individu yang juga merupakan seorang pelajar meluahkan rasa menyesal kerana telah membeli sebuah kereta berjenama Honda.
Kata individu itu, kehadirannya tetap tidak disedari sesiapa pun meskipun memandu kereta berjenama Honda itu di kampus.
Honda City Hatchback RS tiada orang kesah!
Bukan nak cakap apa. Macam tak function je beli Honda City Hatchback RS ni. Saya student, masa tu parkir dekat depan kafe hostel, Tak ada siapa pun pandang.
Tambahnya lagi, dia terpaksa ‘berlakon’ seperti berulang-alik ke keretanya supaya mendapat perhatian orang sekeliling, namun gagal.
Lepas masuk kafe hostel tu saya keluar balik pergi ke kereta, buat-buat macam barang tertinggal. Tapi sama je tak ramai pandang saya dan City RS saya ni.
Lelaki itu kemudiannya merasakan bahawa lebih baik dia membeli kereta Axia E sahaja kerana terasa membazir menjelaskan bayaran bulanan lebih RM1,000 namun tetap tidak diendahkan.
Lain kali cuba bawa van jenazah pula..

Apa sangat lah kalau setakat H (Honda) ni. Nak orang pandang, cuba bawa kereta jenazah pergi kampus. Confirm semua terbeliak biji mata.- Komen seorang netizen.
Namun begitu, ada juga yang menganggap luahan lelaki itu hanyalah sebagai gurauan kerana isu melibatkan kereta berjenama Honda ini sememangnya sering diperkatakan netizen sejak dahulu lagi.
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM