Connect with us

Oh! Media

“Tak Faham Ke Kami Ni Stress!”- Pelajar Tampal Notis Khas Untuk Pensyarah, Netizen Anggap Student Semakin Lemah

Ohmedia pensyarah

Oh! Lifestyle

“Tak Faham Ke Kami Ni Stress!”- Pelajar Tampal Notis Khas Untuk Pensyarah, Netizen Anggap Student Semakin Lemah

Baru-baru ini viral di media sosial Facebook, satu hantaran yang memaparkan sekeping notis yang ditampal di pintu bilik pensyarah telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, notis itu dipercayai ditulis oleh seorang pelajar yang kecewa dengan sistem pendidikan negara melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).

Malah, notis itu turut tertulis rungutan yang mendakwa ramai pelajar menjadi tertekan sehingga ada yang sanggup bertindak di luar jangkaan gara-gara terbeban dengan tugasan yang diberikan.

IKLAN

Mesej kepada parah pensyarah

Silap hari bulan ada yang mati bunuh diri kerana anda. Anda nak ke rasa bersalah seumur hidup?

Selain itu, pelajar tersebut turut menyifatkan bebanan tugasan yang diberi adalah melampau dan terlalu banyak untuk diselesaikan.

Assignment lagi, test lagi, presentation lagi! Suruh buah report macam orang bodoh! Kami bukan robot!

Image 33

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai bagaimanapun dilihat tidak berpuas hati dengan notis berkenaan dan menganggap pelajar zaman sekarang terlalu manja.

Image 34

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas