Connect with us

Oh! Media

Memasak stesen minyak

Trending

Ini Alasan Diberikan 15 Individu Memasak Di Stesen Minyak Genting Highlands

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang pihak polis telahpun menahan 15 individu yang terlibat dalam kes memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

BACA15 Terlibat Memasak Di Stesen Minyak Ditahan Polis

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, semua yang terlibat dikatakan telah sepakat untuk memasak di dalam kawasan stesen minyak pada jam 1.30 pagi, 12 Mei lepas mengikut kertas pertuduhan.

Perbuatan mereka itu juga disifatkan sebagai gopoh kerana boleh membahayakan nyawa orang lain. Mereka dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.

Salah seorang daripada mereka mengakui kesilapan tersebut dan memberitahu yang mereka pada awalnya ingin memasak di tempat lain, tapi penuh.

Disebabkan itu mereka bertindak untuk memasak di kawasan stesen minyak itu dan beranggapan mereka memasak jauh dari nozel minyak dan berada di laluan ke tandas.

Bukan tu jer, tertuduh kedua juga berkata mereka telah lapar dan tak memikirkan bahaya yang timbuk di kawasan stesen minyak itu.

Kesemua tertuduh telah didenda sebanyak RM500 ketika pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas