Oh! Tech
Realme Tak Ketinggalan Ikut Jejak Apple Dan Samsung, Tidak Lagi Berikan Pengecas Dalam Kotak
Rasanya semua tahu yang Apple tidak lagi memberikan pengecas dalam kotak bagi pembelian peranti mereka dengan alasan menjaga alam sekitar.
BACA : Ramai Gelakkan iPhone 12 Tiada Pengecas, Tapi Samsung Mungkin Lebih Dahsyat!
Tidak dilupakan juga kepada jenama Samsung yang kini turut mengikuti jejak Apple walaupun sebelum ini pernah menyindir.
Bukan dua jenama besar tu je, realme yang merupakan sebuah jenama telefon pintar terkemuka juga turut melakukan perkara sama pada Realme Narzo 50A Prime untuk pasaran Malaysia.

Perubahan yang dilakukan ini juga mungkin akan dibuat pada model-model lain dari realme yang akan datang. Apa pandangan korang berkenaan hal ini?
Kuat juga sebenarnya pengaruh Apple ni. Korang rasa apa pula yang mereka akan kurangkan pada pembelian telefon pintar pada masa akan datang?
Kredit: realme
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM