Connect with us

Oh! Media

Ramai Gelakkan iPhone 12 Tiada Pengecas, Tapi Samsung Mungkin Lebih Dahsyat!

Oh! Tech

Ramai Gelakkan iPhone 12 Tiada Pengecas, Tapi Samsung Mungkin Lebih Dahsyat!

Seperti semua sedia maklum, Apple baru-baru ini telah memperkenalkan peranti terbaru mereka iaitu iPhone 12. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Apple tidak lagi memberikan pengecas dengan alasan menjaga alam sekitar.

ADVERTISEMENT

Apa yang dilakukan Apple itu memang sudah dijangkakan. Tetapi apa yang dilakukan oleh pesaing mereka Samsung ini lebih dahsyat!

Kalau sebelum ini Samsung pernah menyindir Apple membuang audio 3.5mm yang akhirnya akur untuk mengikut jejak langkah Apple, sekarang ada pula info mengatakan Samsung akan mengikut jejak langkah iPhone 12. Seperti yang kita jangkakan.

Tapi sebelum itu, Samsung sempat mengejek Apple kerana barisan iPhone 12 tidak lagi mempunyai pengecas dan earphone.

Berdasarkan sumber laporan Harian Metro, Samsung kini sedang mempertimbangkan untuk turut tidak menyediakan pengecas dan earphone untuk semua keluaran peranti akan datang dan ini mungkin akan berlaku untuk keluaran Galaxy S21 dan Galaxy S30.

Nampaknya seruan Apple yang selalu mengajak jenama lain untuk sama-sama mengikut mereka umpada satu sumpahan.

Mungkin lepas ni pengguna pula kena pasang sendiri phone yang dibeli dan di dalam kotak hanya ada kompenen dan manual cara pasang phone. Haha! Nampak kelakar, tapi ini mungkin boleh berlaku. #aptb

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas