Connect with us

Oh! Media

Jaga Anak Buah Lepas Kakak Meninggal, Netizen Kagum Dengan Kisah Hidup Abang Viva

Abang Viva

Oh! Inspirasi

Jaga Anak Buah Lepas Kakak Meninggal, Netizen Kagum Dengan Kisah Hidup Abang Viva

Sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang untuk membantu mangsa banjir, Azwan Omar memang selayaknya digelar sebagai wira.

BACA: Nak Raih Keuntungan, Abang Viva Viral Kesal Ada Orang Gunakan Namanya

Dia mula mendapat perhatian ramai apabila sanggup mengambil cuti kecemasan dan hanya berbekalkan wang poket bernilai RM50 untuk isi minyak serta makan.

IKLAN

Selepas selesai di Lembah Klang, Abang Viva bersama bot miliknya ke Pahang pula menghulurkan bantuan. Memang salute!

Kebaikan lelaki ini semakin diperkatakan apabila dia rupanya belum berkahwin dan menjaga dua orang anak kakaknya yang sudah meninggal dunia.

@utusantvofficial

Terbaik abang Viva 😍. ##abgvivaviral ##banjir2021 ##fyp ##foryou ##beritaditiktok ##viralnewsmalaysia

♬ Intan Payung (feat. Noraniza Idris) – Bunga

Menerusi temubual bersama wartawan Utusan, Abang Viva menjelaskan dua orang kanak-kanak di dalam foto keluarga yang tular bukanlah anaknya. Sebaliknya itu adalah anak kepada kakaknya yang sudah meninggal dunia.

Kahwin pun belum. Bujang dan single. Yang dua orang anak itu anak akak saya yang saya jaga.

Kini dia sekeluarga menggalas tanggungjawab menjaga kedua-duanya.

Abang Viva
Abang Viva
Whatsapp image 2021 12 27 at 94246 am

Di ruangan komen, orang ramai terus memuji keperibadiannya dan kisah hidupnya yang ramai tidak tahu.

Abang Viva

Malah, dia juga dipuji tidak terburu-buru menerima tawaran kereta yang diberikan seorang usahawan dari Kelantan.

Buat masa ini Abang Viva memberi keutamaan untuk membantu mangsa banjir yang terjejas. Dia turut menyatakan tiada masalah untuk bergerak hanya menggunakan sebuah Viva.

Kredit: Utusan TV | Utusan | Twitter @am_juney

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas