Connect with us

Oh! Media

Peperiksaan SPM, STAM, STPM, STAM Akan Ditunda Sehingga Awal Tahun 2021

spmjpg

Umum

Peperiksaan SPM, STAM, STPM, STAM Akan Ditunda Sehingga Awal Tahun 2021

  

Sebentar tadi Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin telah membuat pengumuman secara langsung dan menjawab semua persoalan yang bermain dalam fikiran ibu, bapa dan guru-guru. Antara yang menarik perhatian adalah tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan.

Manakala,calon Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) bagi peperiksaan Semester 2 turut akan ditangguhkan pada Ogos tahun ini dan peperiksaan Semester 3 pula akan diadakan pada suku pertama tahun 2021.

Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021. – Jelasnya sebentar tadi.

Harap dengan ini terjawab segala persoalan dan pihak kementerian juga dikatakan akan memastikan pembelajaran anak-anak di rumah dapat dilakukan dengan baik dengan menambah baik proses pelajaran di televisyen.

IKLAN

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca mengenai penangguhan peperiksaan ini di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas