Oh! Lifestyle
Cara Mohon Diskaun 10% Bayaran PTPTN Setiap Bulan
Dalam perbentangan Bajet 2022, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak mendapat insentif diskaun bagi bayaran balik pinjaman.
BACA: Kerajaan Sarawak Bantu Pelajar Langsai Tunggakan PTPTN, Peruntukan RM30 Juta
Peminjam boleh mendapatkan diskaun bermula pada 1 November ini sehingga 30 April 2022.
Insentif diskaun tersebut merangkumi:
- Peminjam dapat manfaat diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
Cara mohon diskaun 10% melalui potongan gaji atau debit
Laman SSPN-i Plus PTPTN menerusi satu hantaran di Facebook menerangkan cara-cara untuk memohon diskaun 10% seperti yang diumumkan dalam bajet 2022. Cara-caranya adalah;
Login semak penyata pinjaman di laman web https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login

Cari semak penyata baki

Cari mohon debit terus
Isi maklumat serta amaun dan linkkan dengan online bank


Selesai dan enjoy diskaun sehingga bulan 4/2022


Bagi peminjam yang terlupa kata laluan, anda bolehlah menghubungi pegawai PTPTN untuk menetapkan kembali kata laluan. Klik di pautan ini;
https://sspniplus.com.my/hubungi-kami/
Manakala, peminjam yang mahu menyemak potongan diskaun untuk penyelesaian penuh pinjaman boleh menghubungi pegawai PTPTN di pautan ini;
https://sspniplus.com.my/diskaun-ptptn-bayaran-balik…/
Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN.
Kredit: SSPN-i Plus PTPTN | Utusan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM