Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Sarawak Bantu Pelajar Langsai Tunggakan PTPTN, Peruntukan RM30 Juta

kerajaan sarawam

Umum

Kerajaan Sarawak Bantu Pelajar Langsai Tunggakan PTPTN, Peruntukan RM30 Juta

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu kenyataan berkata kerajaan Sarawak akan membantu pelajar-pelajar negeri itu membayar balik tunggakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Langkah itu diambil untuk mengotakan janji pemberian insentif sebelum ini.

2aca5e4f d513 4417 bdbb 1e80e9e83f81
Sekadar gambar hiasan

Dalam sidang media yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, beliau memaklumkan peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk tujuan itu. Tambahnya, kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan PTPTN bagi menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan.

Perbincangan itu baru sahaja selesai dan sudah ada formula bagi kita membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan dengan PTPTN.

Insentif pembayaran balik tunggakan ini akan membantu seramai 9634 orang pelajar melangsaikan 30% peratus daripada baki hutang mereka.

IKLAN
138558957 10222196563894798 40737092971259120 o

Menerusi laporan Bernama, kerajaan Sarawak turut membelanjakan hampir RM600,000 untuk membeli dua buah bas yang disumbangkan kepada Politeknik Mukah dan Politeknik Metro Betong. Bas tersebut masing-masing boleh memuatkan sehingga 25 orang penumpang.

Selain itu, kerajaan negeri turut membantu dari segi tambang balik pelajar ke Sarawak ketika musim perayaan. Untuk meringankan beban ibu bapa pula, kerajaan negeri telah menyediakan perkhidmatan bas sekolah secara percuma khususnya di Kuching.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas