Connect with us

Oh! Media

5 Cara Untuk Bantu Mengatasi Masalah Tidur Malam

untitled2bdesign2b2528562529png

Umum

5 Cara Untuk Bantu Mengatasi Masalah Tidur Malam

Masa tidur yang berkurangan boleh membuatkan badan korang penat kerana tidak dapat rehat yang secukupnya. Nampak macam biasa je kan? Tapi jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan gais! Macam-macam faktor disebabkan kurang tidur ni dan antaranya boleh membuatkan korang cepat marah, sistem imunisasi badan menjadi rendah dan sebagainya.

Ramai individu yang mengalami kesukaran untuk tidur disebabkan kesibukkan bekerja, tertekan dan banyak berfikir. Jadi, Ohmedia ada tips untuk dapatkan tidur secukupnya yang perlu korang amalkan bagi mengatasi masalah ini.

Sejukkan bilik

Suhu badan akan meningkat sekiranya korang tertekan atau banyak berfikir. Korang akan mula rasa panas dan berpeluh, inilah punca yerjadi susah nak tidur. Sejukkan bilik akan menjadikan badan korang dalam keadaan yang rileks.

IKLAN

Tidur dalam keadaan gelap

Cahaya yang terpancar akan menyebabkan otak kita berada pada tahap sedar dan susah untuk tidur. Korang perlu gelapkan bilik kerana ini adalah bantuan tidur semulajadi disebabkan bantuan melatonin. Lebih mudah untuk seseorang itu tidur sekiranya badan korang menghasilkan banyak melatonin.

Paksa diri untuk berjaga

Ketika korang tidur, paksa diri untuk berjaga. Bunyinya macam pelik betul tak? Inilah yang di panggil reverse psychology yang juga akan buatkan korang tidur nanti apabila diri korang dalam keadaan ingin berjaga pada waktu malam.

Senaman

Penghasilan hormon yang bagus adalah dengan melakukan senaman untuk melepaskan rasa tegang pada badan. Ia akan membuatkan diri anda tenang dan mudah untuk tidur. Banyak kelebihan yang kita boleh dapat dengan melakukan senaman dan antaranya ialah membesarkan otot dan menjadikan fikiran penat. Maknanya, korang takdelah rasa untuk fikir apa-apa sebab dah penat.

Minum air sebelum tidur

Air suam mampu menyegarkan organ dalaman dan seakan agen pencuci dalaman sebelum kita tidur. Kalau korang nak tahu, air juga adalah penambah oksigen dalam badan dan membantu korang untuk tidur dalam keadaan yang tenang.

Sumber : The Asian Parent

+ Baca respon pembaca cara mengatasi masalah tidur malam di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas