Connect with us

Oh! Media

Wanita Bersyukur Kembali Pulih Selepas Paru-Paru Rosak Akibat Wabak

Article 3

Trending

Wanita Bersyukur Kembali Pulih Selepas Paru-Paru Rosak Akibat Wabak

Seperti yang kita tahu, pesakit Covid-19 kebanyakannya akan mengalami kerosakan paru-paru walaupun sudah pulih daripada Covid-19.

BACA: “Bila Kena Baru Tahu” – Abang Ipar Shuib Kongsi Pengalaman Positif Covid-19

Menerusi laman Sinar Harian, seorang wanita, Nor Fairus Johar bersyukur kerana dia dan kelima-lima anaknya yang positif Covid-19 kini sudah pulih sepenuhnya.

IKLAN

Namun, suaminya, Selamat Omar telah meninggal dunia akibat daripada serangan Covid-19 lima hari selepas disahkan positif pada Ogos lalu.

Saya dan anak-anak disahkan positif Covid-19

Wabak
Penyampaian bantuan Perkeso Foto Sinar Harian

Nor Fairus Johar berkata, selepas arwah suaminya disahkan positif, dia dan lima orang anaknya yang berusia dilingkungan 3 hingga 16 tahun melakukan ujian calitan dan disahkan positif.

Anak-anak saya positif Covid-19 tetapi pada tahap rendah manakala saya berada di tahap empat dan dirawat selama 20 hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA) .

20 peratus paru-paru rosak

Menurut Fairus Johar, doktor mengesahkan 20 peratus paru-paru beliau sudah rosak dan keadaannya sudah tidak seperti dulu lagi. Kini, dia sukar berjalan dan cepat mengah apabila banyak bercakap selain sesak nafas jika batuk. Dia juga mengatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan pekerjaan suaminya yang sebelum ini sebagai pengusaha van sekolah.

Apa-apa pun, kita diingatkan agar sentiasa patuh SOP dan jaga jarak agar dapat membendung diri kita dari jangkitan Covid-19. Sesungguhnya, kita tidak akan dapat tubuh badan yang sama seperti dulu lagi jika sudah dijangkiti Covid-19.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas