Connect with us

Oh! Media

“Bila Kena Baru Tahu” – Abang Ipar Shuib Kongsi Pengalaman Positif Covid-19

Trending

“Bila Kena Baru Tahu” – Abang Ipar Shuib Kongsi Pengalaman Positif Covid-19

Abang kepada penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous, berkongsi pengalaman mengerikan dijangkiti Covid-19 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.

ADVERTISEMENT

BACA: Tahap Oksigen Abang Allahyarham Siti Sarah Menurun, Shuib Fobia

Menurut Ahmad Firdous, dia sebenarnya mengalami jangkitan virus tahap empat bukannya tahap lima seperti yang diperkatakan.

Dia menasihati orang ramai supaya terus mendapatkan rawatan di hospital jika ada simptom-simptom seperti demam panas atau muntah-muntah.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Firdous mendapatkan rawatan susulan di hospital lapan hari selepas dijangkiti. Hal itu menyebabkan paru-parunya rosak secara perlahan-lahan.

Menurut Firdous lagi, ketika dijangkiti penggunaan oxymeter adalah sangat penting untuk mengukur kandungan oksigen dalam badan.

Ahmad Firdous turut menyarankan orang ramai supaya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk mengurangkan kesan teruk apabila dijangkiti.

Pengajarannya, bila dah kena baru kita tahu betapa peritnya.

Betapa lamanya nak lawan Covid. Susah..

Dia mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada keluarganya apabila dua nyawa sudah diambil iaitu Siti Sarah dan pembantu rumahnya.

Video penuh

Kredit: Facebook Ahmad Firdous | Doktor Khairul Hafidz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas