Connect with us

Oh! Media

Bayi Kerap Alami Masalah Sedu? Cuba Amalkan Cara Ini

Baby2b3jpg

Umum

Bayi Kerap Alami Masalah Sedu? Cuba Amalkan Cara Ini

Jika korang perasan, bayi yang masih kecil sering mengalami sedu ketika sedang menyusu. Perkara ini pastikan akan membuatkan bayi berasa kurang selesa. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang cara untuk menghilangkan sedu pada bayi.

Antaranya, peluk bayi korang sambil urut belakang badannya secara perlahan-lahan. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk menghilangkan sedunya. Selain itu, korang juga boleh cuba untuk tenangkan bayi supaya tidak menyusu dengan terlalu cepat dan gosok punggung bayi secara lembut supaya bayi tetap rasa tenang dan sedunya akan berhenti.

Korang juga digalakkan untuk memeriksa botol susu bayi tersebut jika terdapat lubang pada putingnya sebelum digunakan. Sebaiknya beri bayi botol susu yang boleh mengalirkan udara keluar dan hanya mempunyai lubang yang kecil di putingnya. Seterusnya, jika bayi sedang sedu hentikan seketika untuk berikan ia menyusu. Letakkan kepala bayi pada bahu dan tepuk punggungnya kerana boleh membantu udara dari diafragma naik ke atas dan mampu menghentikan sedu pada bayi itu.

IKLAN

OHMEDIA : SEMOGA CARA INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK HILANGKAN SEDU PADA BAYI

+ Baca respon pembaca bayi kerap alami masalah sedu? cuba lakukan perkara ini di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas