Connect with us

Oh! Media

“Tiada Halangan Mohon Zakat Berulang Kali”- MAIWP

Ohmedia maiwp 1jpg

Umum

“Tiada Halangan Mohon Zakat Berulang Kali”- MAIWP

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan bahawa tiada halangan bagi mana-mana pihak khususnya golongan asnaf yang mahu memohon zakat berulang kali meskipun sudah dibantu sebelum ini kerana terbeban dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun begitu, permohonan yang dibuat akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak MAIWP sebelum diluluskan. MAIWP menjelaskan bahawa bantuan yang diberikan ini adalah amanah dari pembayar zakat meskipun nilainya tidak seberapa.

Sumber gambar dari Facebook MAIWP

Ketika ini MAIWP telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM4.36 juta fidyah dengan 545,000 pek makanan diberikan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur. Bahkan menerusi Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19, pihak MAIWP telah meluluskan dana sebanyak RM6.07 juta.

IKLAN

Dipetik dari Berita Harian, melalui misi Musaaddah COVID-19 yang digerakkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, sebanyak RM42.59 juta Dana Zakat MAIWP Prihatin telah diagihkan sepanjang tempoh PKP.

OHMEDIA: BAGI ANDA YANG TERJEJAS TERUK AKIBAT PKPB ATAU PKP SEBELUM INI ELOKLAH CUBA MEMOHON BANTUAN DARI MAIWP. SEKIRANYA DILULUSKAN, DAPATLAH MERINGANKAN BEBAN ANDA SEPANJANG PKPB INI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca MAIWP tiada halangan beri bantuan berulang kali di Facebook Oh! Media



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas