Connect with us

Oh! Media

Dakwa Beri Kenyataan Fitnah, Pelajar Terima Notis Tuntutan Serta Bayaran Ganti Rugi RM1 Juta

Ain

Trending

Dakwa Beri Kenyataan Fitnah, Pelajar Terima Notis Tuntutan Serta Bayaran Ganti Rugi RM1 Juta

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan seorang pelajar yang didakwa menerima lawak double meaning semasa berada di dalam kelas.

BACA: Dituduh Cemar Nama Sekolah, Pelajar Diugut Gara-Gara Dedah ‘Lawak’ Lucah Guru

Pelajar tersebut yang dikenali sebagai Ain Husniza, pernah mendedahkan dakwaan jenaka rogol yang dilakukan oleh seorang guru lelaki di sekolahnya.

IKLAN

Perkara itu bermula apabila dia memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok yang mendakwa gurunya telah bergurau mengenai lawak itu sebelum bertindak membuat laporan polis.

Namun, baru-baru ini, dia telah menerima surat tuntutan fintah bernilai RM 1 juta. Perkara itu berdasarkan hantaran yang dibuat di laman Instagram milikya.

Pelajar terima notis kenyataan Fitnah

Menerusi hantaran itu, pelajar berusia 17 tahun itu telah memuat naik gambar mengenai hantaran di laman Twitternya mengenai notis yang diterima.

Hari ini, tiba-tiba semasa kelas dalam talian, saya menerima surat tuntutan mengenai ‘pernyataan fitnah’ yang telah saya buat.

Dia juga diberi masa selama 7 hari untuk memenuhi tuntutan itu dan salah satunya perlu membayar RM 1 juta sebagai hukuman ganti rugi.

Hantaran Ain Husniza Di Laman Instagramnya

Selain itu, Ain juga meminta agar semua pengikutnya mendoakan segala urusannya dipermudahkan bagi menghadapi situasi tersebut.

Disahkan oleh bapanya

Menurut The Star, perkara itu turut disahkan sendiri oleh bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab, menerusi catatan yang dibuat melalui laman Faceboknya hari ini.

Menerusi hantaran itu, Saiful telah menerima notis tuntutan itu sekitar jam 2 petang tadi bagi tuntutan dakwaan kenyataan fitnah itu.

Notis itu juga ditujukan kepada anaknya, dirinya dan juga isteri.

Terdapat 5 tuntutan dan salah satunya bayaran ganti rugi RM1 juta.

Kami menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan memberikan sebarang maklum balas setakat ini selepas mendengar nasihat daripada peguam.

Saiful Nizam juga turut menyatakan bahawa surat itu berasal daripada guru pendidikan jasmani di sekolah yang dipelajari oleh anaknya.

Kredit: The Star I Facebook Saiful Nizam I Instagram Ain Husniza

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas