Connect with us

Oh! Media

Isu Jamah Durian, Timbalan Speaker Mohon Maaf Dan Sedia Disiasat

Jamah Durian

Trending

Isu Jamah Durian, Timbalan Speaker Mohon Maaf Dan Sedia Disiasat

Kecoh di media sosial apabila tular video memaparkan beberapa Ahli Parlimen dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menjamu durian ketika membuat lawatan ke pekebun kecil di Batu Pahat.

Rashid menjelaskan bahawa beliau memberi ulasan tanpa melihat sendiri video yang tular itu kerana pergi mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya,” katanya.

Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pekebun kecil mengatakan hasil jualan mereka merosot teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dilaksanakan sehingga kini.

IKLAN

“Setelah meneliti, salah satu video yang tular semalam merupakan lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terkesan berikutan PKP ini.

“Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Datuk Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang,” ujarnya.

Tambah Rashid, beliau dijemput oleh salah seorang pengusaha kebun setelah rombongan menteri pulang untuk membincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi pekebun-pekebun kecil di kawasan itu.

“Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami.

“Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan,” jelasnya.

Oleh kerana itu, Mohd Rashid berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada polis untuk memudahkan siasatan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka susulan satu laporan dibuat berkenaan video memaparkan aktiviti wakil rakyat itu sedang menikmati buah durian tular dalam media sosial.

Kredit : AstroAwani

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas