Connect with us

Oh! Media

Atas Urusan Kerja, Neelofa & PU Riz Ke Langkawi Buka Cawangan Baru Chatime?

3afbb2be c3de 4d07 8790 b59411c3a52e

Oh! Artis

Atas Urusan Kerja, Neelofa & PU Riz Ke Langkawi Buka Cawangan Baru Chatime?

Ramai yang mempersoalkan, bagaimana selebriti popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz boleh merentas negeri pergi ke Langkawi, betul tak? Kalau korang nak tahu, mereka ke sana bagi pembukaan cawangan baru di tiga lokasi di utara.

Menurut laporan Harian Metro, mengukuhkan lagi kenyataan urusan kerja mereka, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali mengatakan sendiri bahawa pasangan itu ada melakukan lawatan kerja di Sungai Petani, Kangar dan Langkawi.

Menurut akaun Instagram rasmi Chatime Malaysia juga, mereka juga ada mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini.

IKLAN

Lawatan ini membabitkan beberapa kakitangan dari bahagian operasi dan pengurusan Chatime Malaysia.

Kebenaran merentas negeri ke Langkawi diperoleh dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni sebelum ini, wakil bagi syarikat produk minuman tersebut membuat permohonan rentas negeri di Balai Polis dan mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain untuk melawat lokasi yang akan dibuka di sana.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas