Connect with us

Oh! Media

Hukum Menjawab Azan Dalam Tandas

Ohmedia jawab azan dalam tandaspng

Umum

Hukum Menjawab Azan Dalam Tandas

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan kadangkala kita akan terdengar orang azan ketika berada dalam tandas. Jadi, apakah hukumnya jika kita menjawab azan tersebut?

JAWAPAN 

Hukum menjawab azan ketika sedang qadha hajat adalah makruh samada di dalam tandas atau di padang sepertimana dimakruhkan berzikir dan berbual dan menjawab salam. Tetapi jika dijawab azan tersebut dalam hatinya maka tidaklah makruh.

Berkata Imam Nawawi :

يكره الذكْر والكلام حال قضاء الـحاجة، سواء كان فـي الصحراء أو فـي البنـيان، وسواء فـي ذلك جميع الأذكار والكلام، إلا كلام الضرورة حتـى قال بعض أصحابنا: إذا عطس لا يحمَدُ الله تعالـى، ولا يشمّت عاطساً، ولا يردُّالسلام، ولا يجيب الـمؤذن، ويكون الـمسلِّـمُ مقصِّراً لا يستـحقُّ جوابـاً، والكلام بهذا كلِّه مكروه كراهة تنزيه، ولا يحرم، فإن عطس فحمد الله تعالـى في قلبه ولـم يحرك لسانه فلا بأس


Artinya : “Dimakruhkan berzikir dan berbual pada ketika qadha hajat samada ia sedang berada di di padang atau di dalam binaan (tandas) dan bersamaan yang demikian itu sekelian zikir dan percakapan melainkan percakapan yang darurah sehingga berkata ashab kami : Apabil seseorang bersin nescaya tidaklah menyebut Alhamdulillah dan tidak ditasmitkannya dan tidak dijawab akan salam dan tidak dijawab akan muazzin yang azan dan adalah yang memberi salam itu tersalah dan tidak mustahak oleh jawabnya. Dan perbahasan dengan sekelian ini ialah makruh tanzih bukannya haram. Maka jika bersin oleh seseorang lalu dia menyebut Alhamdulillah dalam hatinya dan tidak menggerakkan lidahnya maka tidaklah mengapa.” (Kitab Al-Azkaar)

Wallahua’lam

IKLAN

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca hukum menjawab azan dalam tandas di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas