Connect with us

Oh! Media

Krisdayanti Mohon Maaf Kepada Peminat Malaysia, Akui Turut Tekna Tempias Jerebu

ohmedia ohmedia featured krisdayanti

Trending

Krisdayanti Mohon Maaf Kepada Peminat Malaysia, Akui Turut Tekna Tempias Jerebu

Krisdayanti mohon maaf kepada peminat Malaysia susulan jerebu akibat kebakaran hutan di Kalimantan ketika membuat persembahan di Ultra Kalcer Malaysia 2026.

Intipati berita

  • Krisdayanti mohon maaf kepada peminat Malaysia susulan masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Kalimantan.
  • Turut terkena tempias jerebu, namun Krisdayanti bersyukur masih mampu meneruskan persembahan di Ultra Kalcer Malaysia 2026.
  • Sekitar 7,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahannya yang menampilkan lagu popular seperti Menghitung Hari, Mencintaimu dan Jika Kau Tak Datang.
  • Kagum dengan sokongan peminat pelbagai generasi, Krisdayanti percaya karya muzik yang lahir daripada hati akan terus dikenang meskipun zaman berubah.

Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti mencuri perhatian apabila mengambil kesempatan memohon maaf kepada peminat di Malaysia susulan masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Kalimantan yang turut menjejaskan kualiti udara di negara ini.

Menurut laporan Kosmo, Krisdayanti mengakui dirinya turut terkena tempias jerebu berkenaan. Namun, dia bersyukur masih mampu meneruskan persembahan dan menghiburkan ribuan peminat yang hadir.

IKLAN

Krisdayanti akui turut terkena tempias jerebu

krisdayanti 2

Ketika membuat persembahan pada hari pertama Ultra Kalcer Malaysia 2026, Krisdayanti sempat menyampaikan permohonan maaf kepada peminat berhubung keadaan jerebu yang berlaku.

Maaf ya atas jerebu tempoh hari. Saya sendiri pun kena, tetapi nasib baik masih boleh menyanyi.

Kita akan lakukan lebih baik (we can do better).

Kagum peminat pelbagai generasi masih hargai karyanya

krisdayanti

Dalam pada itu, pelantun lagu Cobalah Untuk Setia tersebut turut meluahkan rasa kagum apabila karya seninya masih mendapat tempat dalam hati peminat daripada pelbagai generasi.

Menurutnya, lagu yang dihasilkan dengan penuh keikhlasan mampu terus hidup dan dihargai meskipun zaman semakin berubah.

Saya percaya saya datang daripada generasi berbeza, tetapi malam ini saya melihat dan semakin percaya bahawa karya yang baik serta lahir daripada hati akan terus hidup dalam setiap generasi.

28 tahun lalu saya datang ke Malaysia dengan lagu Menghitung Hari. Ada yang masih ingat?

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas