Connect with us

Oh! Media

Letupan Besar Seperti Bom Atom Korbankan 70 Mangsa & Lebih 2,000 Cedera Di Lubnan

ohmedia letupan lubnanpng

Umum

Letupan Besar Seperti Bom Atom Korbankan 70 Mangsa & Lebih 2,000 Cedera Di Lubnan

Semalam satu malapetaka besar mengejutkan dunia apabila satu rakaman video menunjukkan letupan besar seperti bom atom berlaku di ibu kota Beirut Lubnan.

Letupan yang mengerikan itu sempat dirakam oleh penduduk sekitar di mana ia bermula dengan letupan kecil dan disusuli letupan besar sehingga menunjukkan pembentukan awan cendawan.

IKLAN



Sebagai respon pertama, Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab menegasnya yang pihaknya tidak akan biarkan dalang yang menyebabkan letupan ini berlaku terlepas.

Dalang yang bertanggungjawab terhadap malapetaka ini pasti akan menerima balasan. Kita juga juga meminta bantuan antarabangsa untuk membantu Lubnan, yang sudah terjebak dalam krisis ekonomi terburuknya dalam beberapa dekad. Saya mengirim rayuan mendesak kepada semua negara yang bersahabat dan bersaudara dan mengasihi Lubnan, menghulurkan bantuan kepada kita. – Katanya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila setakat ini lebih 70 orang awam telah dilaporkan meninggal dunia dan 2,000 lagi cedera.

Hasil siasatan awal, letupan itu mungkin berpunca dari gudang lama yang menyimpan bahan letupan yang disita selama bertahun-tahun. Perkara ini dimaklumkan oleh seorang pegawai kanan keselamatan.



Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kemalangan ini di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas