Branded
Nights Of Fright 12 Cuma Pasal Hantu? Kali Ini Tema Ape-ocalypse, Pontianak, Pocong Pun Ada
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Kalau selama ini Nights Of Fright sinonim dengan rumah hantu dan kejutan yang buat jantung korang macam nak tercabut, edisi kali ini nampaknya nak bawa pengalaman seram ke next level.
Nights Of Fright 12 kembali dengan tema APE-OCALYPSE, yang membayangkan apa yang jadi selepas tamadun runtuh dan kumpulan beruk pula mengambil alih.

Bukan itu sahaja, NOF12 turut menggabungkan pelbagai pengaruh seram dari Asia dan seluruh dunia, termasuk cerita rakyat Jepun, cult horror, kisah dongeng terkenal, manga, budaya K-pop serta cerita mistik sekitar Asia Tenggara.
Yang Seram Tak Semuanya Dalam Bentuk Hantu

Bagi mereka yang suka cerita seram dengan latar berbeza, ada Yokai Road yang mendapat inspirasi daripada cerita rakyat Jepun, manakala The Freezer: Fresh Meat pula membawa pengunjung ke sebuah fasiliti pemprosesan daging yang menyeramkan.
Ada juga Little Shop of Horrors: Manga UV 3D, yang menggabungkan elemen seram klasik dengan estetika manga, kesan ultraviolet dan visual 3D.
Kalau itu masih belum cukup, The (Not-So) Wonderful Wizard of OZ pula mengambil cerita dongeng yang sudah biasa kita kenal dan memberikan sentuhan yang jauh lebih gelap.
Ada K-Pop, Tapi Bukan Macam Yang Korang Sangka
K-pop pun tak terlepas daripada dunia seram NOF12.
The Romeos & Juliet membawa kisah obsesi, cemburu dan pembunuhan dengan latar yang diinspirasikan daripada budaya K-pop.
Dalam masa sama, Horrorwood Wax Studios pula menggabungkan ikon seram, patung lilin dan persekitaran imersif untuk memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung.
Pontianak Dan Pocong Pun Ada

NOF12 turut mengetengahkan unsur cerita rakyat Malaysia dan Asia Tenggara menerusi Scarytales Immersive Theatre: Pontianak vs. Pocong: Origins.
Pengalaman ini membawa unsur supernatural dari rantau Asia Tenggara ke dalam format teater imersif, menjadikan cerita yang mungkin sudah biasa didengar itu tampil dalam suasana yang lebih dekat dan menyeramkan.
Kalau Berani, Cuba Datang Waktu Malam

Nights Of Fright 12 berlangsung dari 25 September hingga 7 November 2026, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari 7.30 malam hingga 11.30 malam di Sunway Lagoon, Sunway City Kuala Lumpur.
Harga tiket dijual pada harga RM138 untuk satu tiket masuk bersama sebungkus Sunway Theme Parks Kedai Runcit Potato Crisps, manakala pakej RM236 termasuk tiket masuk, Express Pass dan Potato Crisps.
Tiket boleh didapati menerusi Sunway Super App, KLOOK dan laman rasmi Sunway Lagoon.
