Connect with us

Oh! Media

“Saya Yang Tak Layak Berdiri Sebelah Bella” – Syed Saddiq Pertahan Isteri, Jawab Dakwaan Tak Sekufu

ohmedia syed saddiq bella astillah

Trending

“Saya Yang Tak Layak Berdiri Sebelah Bella” – Syed Saddiq Pertahan Isteri, Jawab Dakwaan Tak Sekufu

Syed Saddiq pertahankan Bella Astillah selepas netizen dakwa mereka tidak sekufu. Ucapannya di majlis resepsi buat Bella sebak.

Intipati berita

  • Syed Saddiq pertahan Bella Astillah selepas netizen mendakwa mereka tidak sekufu.
  • Syed Saddiq mendedahkan Bella sudah berdikari sejak kecil dan membantu keluarganya berpindah dari Sabah ke Kuala Lumpur ketika berusia tujuh tahun.
  • Beliau menyifatkan Bella sebagai ibu yang luar biasa dan berkata, “Saya yang tak layak untuk berdiri di sebelah Bella.” Ucapan itu membuatkan Bella sebak.
  • Bella mengakui terharu kerana suaminya mempertahankan dirinya di hadapan kira-kira 3,000 tetamu

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil mempertahankan isterinya, Bella Astillah daripada kecaman netizen yang mendakwa mereka tidak sekufu ketika berucap pada majlis resepsi perkahwinan pasangan itu di MITEC, semalam.

Menurut laporan Kosmo, Syed Saddiq mengakui terbaca komen warganet yang menyifatkan Bella bertuah kerana mendapat lelaki sepertinya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 tetamu.

IKLAN

Bella Astillah sudah berdikari sejak kecil?

syed saddiq bella astillah

Menurut Syed Saddiq, ramai mungkin tidak mengetahui pengorbanan Bella yang sudah mula mencari pendapatan untuk membantu keluarganya sejak kecil.

Saya mahu mempertahankan isteri saya malam ini (semalam). Mungkin kalian tidak tahu, Bella seawal usia lima tahun sudah menyertai pertandingan Bintang Kecil RTM. Dan daripada bakat dan persembahannya, dia berjaya membawa keluarga berpindah dari Sabah ke Kuala Lumpur ketika berusia tujuh tahun.

Saya ketika berusia tujuh tahun masih main getah pemadam dengan kawan di sekolah. Tetapi Bella dia sudah mula berdikari dengan mencari sumber pendapatan untuk keluarganya.

Malah, beliau turut mengakui bahawa Bella sudah melalui pengalaman hidup yang jauh berbeza ketika dirinya menyambung pelajaran di universiti.

Nak cakap soal pendidikan, ya memang saya dapat tawaran di universiti terbaik. Dapat lanjutkan pelajaran ke menara gading. Tetapi ketika saya berada di menara gading, Bella sudah bergelar seorang ibu. Ibu yang begitu luar biasa mendidik dua orang anaknya. Itu adalah sumbangan Bella yang luar biasa.

Lebih menyentuh hati, Syed Saddiq berkata jika soal sekufu mahu dibangkitkan, dia merasakan dirinya yang tidak layak untuk dibandingkan dengan isterinya.

Kalau nak bicarakan soal sekufu, saya yang tak layak untuk berdiri di sebelah Bella. She is the ultimate green forest, she is the ultimate mother. I am privileged to call her my wonderful wife.

Ucapan itu membuatkan Bella yang berdiri di sebelah suaminya sambil memimpin tangan beliau dilihat sebak dan mengesat air mata.

Sorakan serta tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir turut mengiringi ucapan penuh penghargaan tersebut.

Bella terharu Syed Saddiq pertahankan dirinya

syed saddiq bella astillah 2

Sementara itu, Bella ketika ditemui selepas majlis resepsi mengakui terkejut kerana tidak mengetahui suaminya akan menyampaikan ucapan berkenaan.

Sebenarnya saya terkejut kerana tidak tahu suami akan membuat ucapan tersebut. Saya sangat terharu dan lega bila ada orang yang sayang saya dan anak-anak dengan ikhlas dan mempertahankan saya.

Saya tak pernah terfikir ataupun meminta suami untuk keluarkan kenyataan kerana bagi saya ini adalah lumrah sebagai seorang selebriti. Apa sahaja yang dilakukan akan diperhatikan.

Tetapi bila dia memberikan ucapan tersebut di hadapan 3,000 tetamu, saya sangat terharu. Saya faham dia sebenarnya tak mahu saya rasa sedih.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa dia bukanlah individu yang menyelamatkan Bella, sebaliknya menganggap isterinya seorang wanita kuat yang berjaya membina kehidupan sendiri.

Kenyataan bahawa Bella perlukan penyelamat adalah tidak benar. Saya tidak selamatkan Bella. Bella selamatkan diri sendiri. Dia seorang yang kuat dan berdikari, tanpa saya pun, dia berjaya bahagiakan dua anaknya, berikan pendidikan yang terbaik. Saya cumalah pelengkap hidupnya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas