Connect with us

Oh! Media

Bukan Sekadar Tong Gas, Ada Titik Peluh & Amanah Besar Yang Pastikan Ia Selamat Sampai Ke Rumah

Tong Gas

Branded

Bukan Sekadar Tong Gas, Ada Titik Peluh & Amanah Besar Yang Pastikan Ia Selamat Sampai Ke Rumah

“Aduhai, tengah syok memasak, boleh pula gas ni habis…”

Tipulah kalau korang tak pernah melalui situasi genting macam ni. Tengah seronok memasak, dah plan nak hidangkan macam-macam, lahhh tiba-tiba gas habis! 

Terpaksalah cari mangsa dalam rumah untuk pergi ganti tong gas atau terus telefon pengedar. Tahu-tahu, tong gas dah sampai depan pintu. Situasi ni nampak mudah dan lancar kan?

Tapi, pernah tak korang terfikir, sebelum tong gas ni selamat sampai, dah berapa ramai orang yang bekerja keras di belakang tabir? 

Mungkin bagi kita, tong gas ni hanyalah sebuah silinder besi biasa, tapi bagi orang di belakang tabir, setiap tong gas ini membawa satu amanah keselamatan yang cukup besar tau. 

Ketelitian Awal Di Pusat Operasi

Kebanyakan antara kita mungkin tak ada idea, macam mana proses pengisian tong gas ni dilakukan dan macam mana ia melepasi piawaian untuk memastikan kita boleh memasak dengan selamat betul tak? 

Haa, segalanya bermula di pusat operasi pengisian LPG. Dekat sini, proses penyediaan bukanlah sekadar ‘isi gas lepas tu tutup cap’. Tidak ya. 

Semuanya bermula dengan pemeriksaan rapi ke atas setiap tong gas yang masuk dan pasukan di pusat operasi akan memastikan tong gas berada dalam keadaan fizikal yang elok, tiada kemek berbahaya dan tiada sebarang kerosakan pada bahagian injap.

Bila dah lulus ujian awal ni, barulah tong gas dibersihkan dan diisi dengan kuantiti gas yang tepat mengikut piawaian ketat. Psst, setiap langkah ini dilakukan dengan teliti untuk memastikan standard kualiti paling tinggi sentiasa terjaga tau.

Teknikal & Keselamatan Tong Gas

Bila sebut pasal industri gas dan kerja-kerja teknikal ni, sejujurnya ia adalah industri yang didominasi oleh lelaki betul tak?

Tapi, percaya ataupun tidak, sebenarnya wanita juga memainkan peranan yang sangat penting, termasuklah dalam aspek teknikal dan kawalan keselamatan tau.

Macam di NGC Energy, penglibatan wanita juga sama penting untuk memastikan setiap operasi berjalan dengan lancar.

Mengendalikan ujian tekanan, menyemak keteguhan injap serta memastikan persekitaran pusat operasi sentiasa berada dalam keadaan selamat juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab harian mereka.

Sejujurnya, kehadiran dan kepakaran wanita di pusat operasi ini membuktikan bahawa integriti keselamatan tak mengenal jantina ya. 

Ketelitian mereka dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menjadi benteng utama bagi memastikan hanya tong gas yang betul-betul selamat saja dilepaskan ke pasaran.

Amanah Logistik & Pengedar Memastikan Tong Gas Selamat Sampai

Selepas mendapat kelulusan keselamatan, barulah tong gas ini dipindahkan ke trak logistik untuk dihantar ke rangkaian pengedar berdaftar. 

Haa, pada peringkat ini, pemandu trak dan pasukan pengedar memainkan peranan yang tak kurang pentingnya juga tau.

Mereka berdepan dengan cuaca panas, hujan dan kesesakan jalan raya setiap hari semata-mata nak pastikan bekalan LPG sampai tepat pada waktunya. 

Bukan setakat memandu dan memikul tong gas yang berat, mereka juga terlatih untuk mengendalikan silinder dengan cara yang selamat semasa proses pemindahan dan penyimpanan.

Keselamatan Keluarga, Keutamaan NGC Energy

Daripada proses pengisian di pusat operasi, ujian keselamatan yang ketat oleh pasukan teknikal sampailah penghantaran di pintu rumah, ramai tenaga kerja telah memainkan peranan masing-masing.

Hasilnya, korang dapat memasak untuk keluarga atau menjalankan perniagaan dengan hati yang tenang dan tanpa rasa was-was tau.

Semua ini dapat dinikmati kerana ada wira-wira belakang tabir di NGC Energy yang sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan terlebih dahulu.

Jadi, lepas ni kalau terjadi lagi situasi gas habis, ingatlah bahawa di sebalik api biru yang menyala tu, ada usaha gigih, ketelitian dan komitmen tinggi seluruh warga kerja di belakang tabir. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan, produk dan usaha keselamatan daripada NGC Energy, layari laman web rasmi di www.ngcenergy.com.my.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas