Connect with us

Oh! Media

Foto Bersama Dipadam, Sharifah Husna Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Dengan Halim Radzi

Ohmedia sharifah Husna Cerai

Oh! Artis

Foto Bersama Dipadam, Sharifah Husna Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Dengan Halim Radzi

Sharifah Husna sahkan sudah bercerai dan kini selamat jalani waktu iddah.

Selepas hampir empat tahun mempertahankan rumah tangga, pelakon Sharifah Husna akhirnya mengesahkan bahawa dia dan suaminya, Halim Radzi sudah bercerai dengan talak satu.

Memetik laporan mStar, sumber terdekat pasangan berkenaan berkata, Halim dipercayai melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Sharifah Husna sahkan sudah bercerai

Sharifah Husna

Bagaimanapun, tarikh sebenar perceraian pasangan tersebut tidak didedahkan kepada umum. Husna juga difahamkan sudah selesai menjalani tempoh idahnya.

IKLAN

Difahamkan, keputusan untuk berpisah dibuat selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga.

Halim Radzi pilih jaga privasi

@sharifahhusnaofficial

Stay strong to all the women who are fighting silent battles❤️‍🩹

♬ original sound – Aku Jeje – Aku Jeje

Sementara itu, Halim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perceraian mereka kerana menganggap perkara berkaitan keluarga sebagai privasi.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, Husna dan Halim dilaporkan bersetuju untuk berpisah secara baik.

Malah, kedua-duanya masih mengekalkan hubungan persahabatan sehingga kini.

Terdahulu, spekulasi mengenai rumah tangga pasangan ini tercetus apabila Husna dan Halim didapati memadam foto bersama di media sosial masing-masing.

Pssttt! Perceraian pastinya bukan keputusan yang mudah buat mana-mana pasangan. Semoga Sharifah Husna dan Halim Radzi terus diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan masing-masing serta dapat mengekalkan hubungan yang baik selepas berpisah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas