Connect with us

Oh! Media

“Setakat Ini, Sebanyak 11 Laporan Polis Diterima” – Pengguna TikTok Didakwa Fitnah Tok Batin Ditahan Polis

Ohmedia jaslinda Fitnah

Trending

“Setakat Ini, Sebanyak 11 Laporan Polis Diterima” – Pengguna TikTok Didakwa Fitnah Tok Batin Ditahan Polis

Permohonan reman terhadap pengguna TikTok didakwa fitnah Tok Batin akan dibuat pada Jumaat.

Permohonan maaf secara terbuka nampaknya belum cukup untuk menamatkan isu yang tercetus susulan dakwaan terhadap Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu berhubung penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin.

BACA: “Itu Hanya Gurauan Dan Usikan” – Pengguna TikTok Mohon Maaf Isu Fitnah Tok Batin Dan Jaslinda

Polis mengesahkan siasatan tetap diteruskan selepas menerima sebanyak 11 laporan berkaitan kes berkenaan.

IKLAN

Dakwaan cetus kemarahan masyarakat Orang Asli

Screenshot

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an telah ditahan di kediamannya di Ipoh sekitar jam 1 tengah hari pada Khamis.

Permohonan reman pula akan dibuat di mahkamah pada Jumaat untuk membolehkan siasatan lanjut dibuat. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok mendakwa Jaslinda telah ‘dijaga’ oleh Tok Batin selama dua minggu sebelum berjaya ditemukan penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

Namun, dia tampil memohon maaf menyatakan ia hanyalah gurauan dengan netizen ketika siaran langsung.

Pssttt! Permohonan maaf tidak semestinya dapat memadamkan kesan sesuatu dakwaan, terutama apabila melibatkan maruah individu dan seluruh komuniti. Jadikan isu ini sebagai peringatan supaya tidak bercakap sesuka hati di media sosial tanpa bukti yang sahih.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas