Connect with us

Oh! Media

Jaslinda Cerita Pengalaman 14 Hari Hilang Di Gunung Batu Putih

Ohmedia anak Jaslinda Mohon Maaf

Oh! Tidak

Jaslinda Cerita Pengalaman 14 Hari Hilang Di Gunung Batu Putih

Jaslinda cerita pengalaman 14 hari hilang di Gunung Batu Putih termasuk jatuh berkali-kali dan tersesat.

Selepas 14 hari hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Tapah, pendaki wanita, Jaslinda Saludin akhirnya berkongsi sendiri pengalaman mencemaskan yang dilaluinya sepanjang berada dalam hutan.

Bukan sikit-sikit cabaran yang ditempuhnya. Jaslinda menceritakan dia jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam, berpusing di lokasi sama dan turut menemui kawasan yang dipercayai menyerupai sebuah gua.

Katanya, ketika sampai di atas, dia sempat menunggu seketika tetapi bimbang sekiranya rakannya yang tidak sihat sampai terlalu lewat.

IKLAN

“Bila sampai di atas, akak tunggu kejap. Tapi nak tunggu lama pun takut yang tu (dipercayai merujuk kepada pendaki sakit) sampai malam sebab dia tak larat,” katanya.

Jatuh berkali-kali dan berpusing tempat sama dalam hutan

Person in a hoodie and gloves eating cereal from a white plastic container with a spoon inside a wooden shed, another person sitting in the background.

Dalam video disiarkan Facebook Media Tapah Official itu, Jaslinda dilihat berada di sebuah rumah kampung dipercayai Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh. Wanita berusia 49 tahun itu menceritakan keadaan yang dilaluinya bukan mudah apabila dia beberapa kali terjatuh ketika cuba meneruskan perjalanan.

Akak jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam.- Katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk bergerak dahulu selepas rakannya dikatakan meminta dia mendapatkan bantuan.

Namun, keadaan menjadi semakin mencabar apabila dia berulang kali berpusing dan kembali ke lokasi yang sama walaupun cuba mencari jalan keluar.

Saya jatuh banyak kali. Saya berpusing-pusing dan keluar di tempat yang sama. Kemudian saya cuba ubah haluan ke kanan sebelum menemui kawasan berbukit.- Katanya.

Jaslinda temui kawasan seperti gua

Hiker wearing a blue hijab uses trekking poles on a mossy forest trail.

Antara pengalaman paling mencemaskan apabila dia menemui satu kawasan yang dipercayai menyerupai sebuah gua. Ketika itu, Jaslinda sedang berusaha mencari jalan keluar selepas tersesat dan melalui pelbagai cabaran dalam hutan.

Dia ada macam gua. Saya masuklah dan rasa macam disuruh (seolah-olah) masuk.- Katanya.

Jaslinda akhirnya ditemui selamat oleh penduduk kampung di penempatan Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu kira-kira jam 3 petang pada Sabtu.

Sebelum kejadian, Jaslinda bersama 13 pendaki lain dan dua Malim Gunung Perhutanan memulakan ekspedisi Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan Kuala Woh.

Infografik kehilangan Jaslinda: peta lokasi hilang dari Gunung Batu Putih menuju Kampung Lubuk Gaharu, jarak 5,94 km, status ditemui selamat (6 Jun 2026). Kronologi kejadian dimulai 23 Mei 2026 dengan operasi pencarian dan hasil akhirnya.

Pssttt! Kisah Jaslinda Saludin ni memang buat ramai rasa lega tapi dalam masa sama meremang bila dengar pengalaman yang dilaluinya. Apa pun, aktiviti pendakian bukan perkara main-main, lebih-lebih lagi bila laluan mencabar dan keadaan badan tak mengizinkan. Korang yang suka hiking, pastikan bergerak dalam kumpulan, jangan berpecah tanpa sebab kukuh dan sentiasa utamakan keselamatan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas