Oh! Tidak
Majlis ‘Perkampungan Bunian’ RM500,000, Usahawan Kelantan Berdepan Penjara
Majlis Perkampungan Bunian bernilai RM500,000 jadi perhatian JAHEAIK, usahawan wanita kini berdepan tindakan.
Nama seorang usahawan dan pempengaruh media sosial dari Kelantan tiba-tiba jadi bualan hangat selepas majlis hari lahir anak-anaknya yang bertemakan ‘Perkampungan Bunian’ tular dekat media sosial.
Apa yang buat ramai terkejut bukan sekadar tema majlis tu, tapi kos keseluruhan acara berkenaan yang dikatakan mencecah sehingga RM500,000.
Memang luar biasa betul sambutan yang dibuat tu sampai netizen pun tak habis bercakap.
JAHEAIK dah hampir lengkapkan siasatan

Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kini sedang melengkapkan siasatan berkaitan majlis berkenaan.
Difahamkan, selepas semua proses siasatan selesai, kes itu akan diserahkan kepada Ketua Pendakwa Syarie sebelum tindakan lanjut dibuat di Mahkamah Syariah.
Kalau siasatan mendapati wujud elemen yang melanggar syariat, wanita berusia 34 tahun itu berpotensi didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.
Tema bunian jadi perhatian ramai

Majlis tersebut dilaporkan berlangsung di kediaman usahawan itu di Tumpat dan mula menarik perhatian ramai selepas video serta gambar dekorasi tersebar di media sosial.
Konsep ‘Perkampungan Bunian’ yang digunakan pula dipercayai diambil inspirasi daripada filem berkaitan makhluk mistik. Disebabkan itu, ramai mula mempersoalkan kesesuaian tema berkenaan.
Seksyen ini memperuntukkan hukuman terhadap mana-mana individu yang didapati menasihati, menggalakkan, atau menghasut perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam atau moral.- Katanya.
Usahawan boleh kena denda dan penjara
Kalau didapati bersalah nanti, usahawan terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM5,000, hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam masa sama, pihak penyiasat juga dikatakan masih membuka ruang untuk memanggil beberapa saksi lain sekiranya perlukan maklumat tambahan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Pssttt! Zaman sekarang memang ramai suka buat sesuatu yang unik demi content dan perhatian media sosial. Tapi apa pun yang korang nak buat, jangan sampai sentuh perkara sensitif atau cetus kontroversi yang akhirnya makan diri sendiri.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.