Connect with us

Oh! Media

Malaysia Tuntut Norway Pulangkan Wang Sebab Batalkan NSM

Ohmedia malaysia norway peluru

Oh! Negara

Malaysia Tuntut Norway Pulangkan Wang Sebab Batalkan NSM

Malaysia kecewa Norway batal lesen eksport peluru berpandu NSM dan mahu penyelesaian adil.

Isu pembatalan lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway nampaknya masih belum selesai apabila Malaysia secara terbuka meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu telah dibincangkan secara terus bersama Menteri Pertahanan Norway ketika sesi rasmi Dialog Shangri-La di Singapura dan pihak Norway sendiri sudah memohon maaf kepada Malaysia.

Kekecewaan Malaysia terhadap Norway

Ohmedia malaysia norway
Kredit Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Mohamed Khaled, Malaysia kecewa kerana tindakan pembatalan itu dianggap tidak mencerminkan hubungan baik dan persahabatan lama antara kedua-dua negara.

IKLAN

Tambah beliau lagi, keputusan pembatalan lesen eksport peluru berpandu NSM itu dibuat secara unilateral tanpa usaha membantu Malaysia mendapatkan semula wang yang telah dibayar sebelum ini.

Jumpa dengan Menteri Pertahanan Norway dan telah menyatakan secara jujur mengenai kekecewaan kita kerana hubungan yang lama rapat, yang baik yang selama ini wujud antara Norway dan Malaysia melalui episod pembatalan Naval Strike Missile hari ini.- Katanya.

Malaysia mahu penyelesaian adil

Menurut Mohamed Khaled, kontrak perolehan NSM itu sebenarnya sudah ditandatangani sejak tahun 2018 dan penghantaran dijadualkan dilakukan pada 2026.

Bagaimanapun, Malaysia hanya dimaklumkan mengenai masalah penghantaran pada saat akhir tanpa penjelasan rasmi yang jelas. Disebabkan itu, Malaysia kini mahu penyelesaian adil termasuk kemungkinan pemulangan penuh wang yang telah dibayar kepada syarikat berkaitan.

Dalam masa sama, Malaysia juga sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit sementara menunggu langkah lanjut daripada kerajaan Norway.

Pssttt! Dalam hubungan antara negara pun, kepercayaan itu sangat penting. Bila janji atau perjanjian tak dipenuhi, memang susah untuk pulihkan keyakinan seperti asal. Ohmedia harap isu peluru berpandu NSM ini dapat diselesaikan secara baik demi kepentingan kedua-dua negara.

Kredit: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas