Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Tegaskan Keberanian Peserta Sumud Tidak Sia-Sia

Ohmedia syed saddiq sumud israel

Oh! Negara

Syed Saddiq Tegaskan Keberanian Peserta Sumud Tidak Sia-Sia

Syed Saddiq tegaskan suara rakyat dunia berjaya buka mata dunia terhadap kekejaman di Palestin.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa suara rakyat sebenarnya masih mempunyai kuasa besar dalam membuka mata dunia terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Menurut beliau, keberanian peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla berjaya mencetuskan tekanan antarabangsa sehingga banyak negara mula bersuara mengenai kekejaman yang berlaku ketika ini.

Syed Saddiq yakin suara rakyat masih kuat

Kredit Foto Facebook Syed Saddiq

Syed Saddiq berkata tanggapan bahawa suara rakyat tidak mampu membawa perubahan adalah tidak tepat kerana tekanan masyarakat dunia kini semakin jelas dapat dilihat.

IKLAN

Jangan kata suara kita tidak penting. Bila rakyat bersuara, dunia terpaksa melihat. Bila dunia melihat, mereka tidak lagi boleh bersembunyi daripada kekejaman yang berlaku.- Katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semakin ramai masyarakat dunia mula membuka mata terhadap kekejaman yang sedang berlaku di Palestin.

Video Ben-Gvir cetus kemarahan global

Kredit Foto Screenshot rakaman video viral

Terdahulu,si Haram Jadah, Itamar Ben-Gvir menerima kecaman ramai selepas memuat naik video mengejek kira-kira 430 peserta Global Sumud Flotilla yang ditahan di perairan antarabangsa.

Peserta misi itu dilihat berada dalam keadaan tangan diikat di belakang dan dipaksa berada dalam posisi seperti bersujud. Tindakan itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak termasuk komuniti antarabangsa.

Menurut Syed Saddiq, para sukarelawan bukan sahaja dihina malah diperlakukan seolah-olah nyawa dan maruah mereka langsung tidak bernilai.

Banyak negara mula bersuara

Kredit Foto Facebook Syed Saddiq

Syed Saddiq turut mendakwa tindakan tersebut menerima kecaman daripada banyak negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Itali, Perancis, Sepanyol, Jerman, Poland dan Kesatuan Eropah.

Ini bukan kali pertama dia menghina. Tapi kali ini lain. Kejinya tindakan itu sampai sekutu terkuat Israel, Amerika Syarikat (AS) sendiri pun mengecam.- Tegasnya.

Beliau turut berkata situasi itu membuktikan bahawa tekanan masyarakat dunia sebenarnya mampu memberi kesan besar terhadap isu kemanusiaan sejagat.

Pssttt! Kadang-kadang ramai rasa suara rakyat biasa takkan beri kesan apa-apa, tapi apa yang berlaku sekarang membuktikan tekanan masyarakat dunia memang mampu buka mata ramai pihak. Kalau korang rasa sesuatu itu salah, teruskan bersuara dan jangan pernah rasa usaha kecil itu sia-sia.

Kredit: Facebook Syed Saddiq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas