Connect with us

Oh! Media

Baru Sebulan Kenal Di OMI, Wanita OKU Hamil Lepas Diajak Dating Di Hotel

Ohmedia oku Hamil

Trending

Baru Sebulan Kenal Di OMI, Wanita OKU Hamil Lepas Diajak Dating Di Hotel

Wanita OKU intelektual hamil ini pernah dipenjara kerana ditangkap dengan lelaki lalok syabu.

Sebuah pusat perlindungan wanita, Baitus Solehah, berkongsi kisah seorang wanita OKU masalah intelektual yang terjebak dalam hubungan sosial tidak sihat sehingga hamil.

Lebih menyedihkan, wanita itu dikatakan baru sahaja sebulan berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi OMI sebelum diajak keluar dan akhirnya melakukan hubungan terlarang di hotel.

Hamil tujuh minggu selepas terlanjur di hotel

Baitus Solehah

Wanita berkenaan sebelum ini pernah mempunyai pengalaman hitam apabila ditangkap ketika berada di sebuah homestay bersama dua lelaki yang dipercayai sedang lalok syabu.

IKLAN

Dia kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan selepas pihak berkuasa menemui barang terlarang ketika serbuan dilakukan.

Selepas dibebaskan dan bekerja sebagai cleaner, wanita itu sekali lagi berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi OMI sebelum hubungan mereka menjadi semakin jauh.

Baitus Solehah
Kredit Facebook Baitus Solehah

Difahamkan, ibunya juga pernah cuba memberikan ubat untuk menggugurkan kandungan namun tidak berjaya.

Baru sebulan berkenalan di omi, lelaki ajak dating. Jumpa di hotel. Bukan ajak pergi makan. Selepas 7 minggu baru diketahui diri mengandung.

Menurut Baitus Solehah, wanita tersebut memiliki kad OKU bagi masalah intelektual dan mempunyai kesukaran untuk membuat keputusan dengan baik.

Malah, ibunya juga dikatakan trauma untuk membiarkan anaknya bersendirian di rumah kerana bimbang dipengaruhi individu tidak bertanggungjawab.

Pssttt! Kisah macam ni sebenarnya buka mata ramai pihak bahawa golongan OKU intelektual juga perlukan perhatian, pendidikan dan perlindungan yang lebih serius. Dalam masa sama, individu yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain memang tak patut dibiarkan begitu sahaja.

Kredit: Facebook Baitus Solehah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas