Connect with us

Oh! Media

Selepas 7 Tahun Menanti, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Ohmedia nelydiasenrose

Oh! Artis

Selepas 7 Tahun Menanti, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Nelydia Senrose kongsi berita gembira sempena anniversary ke-7.

Khabar gembira datang daripada pelakon popular, Nelydia Senrose apabila beliau akhirnya berkongsi berita yang dinanti-nantikan ramai.

Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, Nelydia mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Hadiah anniversary paling bermakna

Menerusi perkongsian di Instagram, Nelydia meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kehamilan tersebut sebagai hadiah paling indah sempena ulang tahun perkahwinan ke-7 bersama suami.

IKLAN

Sebelum ini, Nelydia sering menjadi perhatian apabila ramai yang mendoakan agar beliau dikurniakan cahaya mata.

Kini, penantian tersebut akhirnya terjawab apabila beliau sendiri berkongsi berita gembira itu secara terbuka kepada peminat.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang tumpang gembira dengan berita tersebut.

Pssttt! Kadang-kadang rezeki datang tepat pada waktunya. Selepas bertahun-tahun bersama, berita ini pastinya menjadi detik paling bermakna buat Nelydia dan suami. Semoga semuanya dipermudahkan hingga ke saat kelahiran nanti.

Kredit: Instagram Nelydia Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas