Connect with us

Oh! Media

Adira Suhaimi Akui Ada ‘Insan Istimewa’, Enggan Ulas Dakwaan Datuk Red Cemburu

Ohmedia bf Adira

Oh! Artis

Adira Suhaimi Akui Ada ‘Insan Istimewa’, Enggan Ulas Dakwaan Datuk Red Cemburu

Adira Suhaimi akui ada insan istimewa, kini sedang mengenali hati budi.

Penyanyi popular, Adira Suhaimi mengakui ‘lelaki misteri’ yang dimuat naik di media sosial adalah insan istimewa buat dirinya.

Memetik laporan Berita Harian, Adira mengaku sedang mengenali hati budi lelaki terbabit.

Adira belum sedia kongsi hubungan

Adira
Kredit foto InstagramAdira Suhaimi

Namun, dia enggan mendedahkan hubungan secara terbuka kepada umum.

IKLAN

Dia hanya akan berkongsi mengenai perkara itu sekiranya semuanya sudah jelas dan sampai ke tahap yang lebih serius.

Insya-Allah kalau ada rezeki, kalau semuanya sudah selesai dan kalau ada jodoh, Insya-Allah, doakan yang terbaik.

Tambahnya lagi, dia masih belum selesa untuk mendedahkan secara terperinci termasuk sejak bila mereka mula berkenalan.

Enggan ulas dakwaan Datuk Red cemburu

Adira

Dalam masa sama, Adira juga tidak mahu mengulas dakwaan yang mengaitkan tindakan bekas suaminya, Adnan Abu Bakar, dengan rasa cemburu terhadap hubungan tersebut.

Saya tidak boleh komen apa-apa soal itu. Hendak komen… Allahualam.

Terdahulu, Adira dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu Bakar hadir ke mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan sebelum ini.

BACA: “Tergamaknya Dia Ya?” – Adira Terkejut Datuk Red Tuntut RM100k Jika Mahu Batalkan Rujuk

Dakwa Adira, bekas suami meletakkan syarat khas jika mahu membatalkan pengesahan rujuk namun Datuk Red nafi meletakkan syarat tersebut.

Pssttt! Dalam hal melibatkan perasaan dan hubungan, tidak semua perkara perlu dikongsi kepada umum. Apa yang penting adalah kebahagiaan diri sendiri. Diharapkan segala urusan Adira dipermudahkan dan jika benar ada jodoh, semoga semuanya berjalan lancar.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas