Connect with us

Oh! Media

“Yes Haram Is Haram, Aurat Is Aurat” – Caprice ‘Back Up’ Tareq Fit, Akui Tegur Benda Betul

Ohmedia tareqfit

Oh! Artis

“Yes Haram Is Haram, Aurat Is Aurat” – Caprice ‘Back Up’ Tareq Fit, Akui Tegur Benda Betul

Caprice berkata, walaupun Tareq Fit dikecam warga asing tapi tegurannya adalah untuk saudara seagama.

Nama coach kecergasan, Tareq Fit kini menjadi bualan hangat di media sosial kerana kelantangannya menegur isu berkaitan hiburan, aurat, dan gaya hidup umat Islam.

BACA: “Ustaz Ni Sempurna Sangat Ke?” – Fasha Sandha Kurang Senang Dengan Cara Teguran Tareqfit

Ramai yang tidak senang dengan pendekatannya, namun Caprice tampil memberi sokongan secara terbuka terhadap mesej yang disampaikan Tareq.

IKLAN

Caprice setuju dengan teguran Tareq Fit

Menurut Caprice, walaupun ramai yang mempertikaikan latar belakang dan penampilan Tareq, kandungan nasihatnya tetap berasas.

Yes haram is haram. Aurat is aurat. Maksiat is maksiat. Dan makanan yang banyak gula tak bagus untuk badan.

Caprice turut berkongsi pengalaman peribadinya apabila Tareq pernah meninggalkan komen di salah satu video bersama isterinya, menegur tentang aurat.

Jelas Caprice, dirinya yang dahulu mungkin akan melenting, tetapi sebagai suami dan bapa, dia kini menerima teguran itu dengan lapang dada.

Caprice menyamakan situasi ini seperti waktu kecil apabila mak ayah selalu berleter, walaupun menyampah, apa yang dikata itu sebenarnya betul.

Penyanyi rap ini turut memberi situasi azan yang berkumandang untuk ingatkan pasal solat. Jika ada yang tidak suka dengar azan, yang bermasalah adalah diri sendiri bukannya azan tersebut.

Pssttt! Dalam zaman serba bebas ini, suara-suara tegas seperti Tareq Fit memang mudah menimbulkan kontroversi, tapi kadangkala itulah yang umat Islam perlukan untuk muhasabah diri. Tak semua teguran perlu dibalas dengan emosi, kerana mungkin ia adalah peringatan yang Tuhan kirimkan melalui cara yang kita tak suka.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas