Connect with us

Oh! Media

Wanita Dedah Sikap Sebenar Ardell Aryana, Hulur RM50 Untuk Ke Hospital

Ohmedia ardell aryana

Oh! Artis

Wanita Dedah Sikap Sebenar Ardell Aryana, Hulur RM50 Untuk Ke Hospital

Wanita kongsi detik dihargai selepas Ardell Aryana bantu kewangan ketika dia hidup dalam kesempitan.

Kadang-kadang kan, bila hidup tengah susah, datang pula pertolongan daripada orang yang kita langsung tak sangka. Itu lah yang berlaku kepada seorang wanita bernama Nur Hidayati Hassim apabila dirinya dibantu oleh pelakon dan aktivis, Ardell Aryana, pada saat kewangan semakin menghimpit.

Hanya tinggal RM20 untuk bertahan…

Kisah ini bermula apabila Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin memuat naik satu pertanyaan di Threads, bertanya kepada umum apa yang boleh dibelanjakan jika hanya ada RM20 sahaja di tangan.

Jawapan daripada Hidayati membuatkan ramai sebak apabila dia menjelaskan bahawa wang itu boleh digunakan untuk mengisi minyak kereta bagi memudahkannya berulang-alik ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

IKLAN

Kongsi baki wang sebelum menerima bantuan…

Menurut Hidayati, sebelum itu dia hanya mempunyai RM49 dan menggunakan sebahagiannya kerana menjaga keinginan bapa untuk makan nasi kandar, memikirkan tidak mengapa selagi dapat membahagiakan orang tua.

Tadi kan aku ada RM49, selepas itu bapa aku nak makan nasi kandar. Aku ingat tak mengapa lah, sebab bapa aku nak makan. Tengok-tengok hari ini kak Ardell bagi RM50 untuk pergi hospital buat pemeriksaan esok. Terima kasih Ardell Aryana.- Kongsinya.

Bersyukur urusan dipermudahkan…

Selepas menerima bantuan tersebut, Hidayati meluahkan rasa syukur dan berharap kesihatannya bertambah baik.

Alhamdulilah kes saya dah discharged walaupun masih 3 batang rusuk belum bersambung. Berkat doa semua, esok pergi klinik ortho pula. Semoga jari kaki ni tak perlu masuk besi.- Luahnya lagi.

Ardell Aryana akhirnya kongsi pengalaman GSF…

Buat pertama kali selepas kembali daripada misi Global Sumud Flotilla, Ardell Aryana tampil secara eksklusif di Oh! Podcast untuk berkongsi pengalaman di atas kapal Mikeno ketika ditahan IDF demi Gz, sel 12 penjara syahid dan situasi kemanusiaan di Sudan.

Ikuti perkongsiannya yang sarat dengan luahan menyentuh jiwa, berani dan pengajaran yang belum pernah diceritakan. Eksklusif hanya di Oh! Podcast by Oh! Media.

Pssttt! Kadang-kadang bantuan paling kecil pun boleh jadi penyelamat untuk seseorang. Kalau kita ada rezeki lebih, hulurlah bila mampu. Dan kalau kita sedang diuji, jangan pernah berhenti berharap kerana pertolongan Allah boleh hadir dalam bentuk yang tak dijangka. Jaga hati, jaga ayat, dan terus positif ya korang.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas