Oh! Negara
Kes RM432.5 Juta Muhyiddin Yassin Dibicarakan Tahun Depan Selama 29 Hari
Mahkamah tetapkan 29 hari pada 2026 untuk perbicaraan kes rasuah Muhyiddin Yassin.
Terkini! Kes dakwaan salah guna kedudukan membabitkan suapan RM232.5 juta dan tiga kes pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibicarakan tahun depan.
Memetik laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan selama 29 hari iaitu pada 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10, 13 hingga 17 dan 27 hingga 29 Julai serta 17 hingga 21 dan 26 hingga 27 Ogos 2026.
Pendakwaan akan kemuka 30 saksi

Sementara itu, Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan 27 November ini sebagai tarikh pengurusan kes.
Difahamkan, pihak pendakwaan akan mengemukakan kira-kira 30 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berdepan empat tuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta serta tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta.

Antara tuduhan yang dihadapi termasuk menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU untuk mendapatkan dana daripada Bukhary Equity Sdn Bhd serta menerima wang daripada beberapa syarikat lain seperti Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd.
Beliau juga didakwa menerima RM195 juta hasil aktiviti menyalahi undang-undang antara tahun 2021 dan 2022, serta satu lagi pertuduhan melibatkan RM5 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 2023.
Jika sabit kesalahan, Muhyiddin boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah wang terlibat atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.
Pssttt! Kes ini pastinya akan menjadi tumpuan besar tahun depan. Ramai yang ingin tahu bagaimana perjalanan perbicaraan ini akan berakhir, dan adakah ia bakal memberi kesan besar kepada landskap politik negara.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM