Oh! Negara
Muhyiddin Yassin Akan Didakwa Di Mahkamah Esok
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Gua Musang esok berhubung ceramah di PRK Nenggiri baru-baru ini.
Perkara itu disahkan oleh pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor. Muhyiddin disiasat selepas dipercayai menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) dalam kempen Pilihan Raya Kecil.

Sebelum ini Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mahu PDRM mengambil tindakan terhadap Muhyiddin kerana sengaja menyentuh sentimen 3R.
Pengurusi PN itu dilapor mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: – Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM