Branded
Ikut Trend Terkini, KJ & Shahril Ajak Main Pickleball, Siapa On?
Sukan paling trending dan viral sekarang, apa lagi kalau bukan pickleball semakin menjadi pilihan ramai. Di sana-sini orang bermain sukan ini di masa lapang.
Ada berita baik untuk penggemar sukan ini, ada acara The Social Serve yang bakal berlangsung khas untuk korang.
Nak tahu apa yang lagi istimewa? Ada KJ dan Shahril Hamdan sekali!
Bukan sekadar pickleball

Kalau korang ingat event ni macam event pickleball biasa di luar sana, maaf cakap, tekaan korang meleset! Banyak benda menarik masa The Social Serve nanti ni tau.
GKB Suplemen Bar
Dah bersukan mestilah nak kekal fit dan bertenaga kan? Apa kata korang cuba pelbagai varian suplemen probiotik dari GKB. Macam-macam suplemen ada mengikut keperluan korang.
Nampak macam juice bar, tapi ada plot twist, kali ini dengan ciri minuman kesihatan yang berestetika. Menarik kan?
GKB Photo Corner
Bila dah luangkan masa bersukan dengan kawan-kawan atau family, mestilah nak bergambar atau ber-OOTD kan?
Jangan risau sebab nanti turut disediakan GKB Photo Corner, nak selfie, wefie, semua pun boleh guys.
Jumpa Zee Zee dan Goolulu yang comel
Ada nampak maskot ungu dan perang yang cute berlegar dan memberikan sokongan kepada peserta di sekitar acara ini? Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dan pos di IGStory untuk kumpul stamp.
Bestnya, macam mana nak join?
Mesti ramai yang dah teruja kan? Apa tunggu lagi guys, nak join pun mudah je. Sertai game di link posting di bawah:
Cuba dulu dan mana tahu korang mungkin peserta bertuah yang berpeluang main pickleball bersama KJ dan Shahril. Nama peserta bertuah akan diumumkan di Instagram KS Lagi.
Bukan mereka je, khabar angin mengatakan ramai lagi selebriti dan nama popular pun akan turut sekali join. Nak tahu siapa? Kenalah follow rapat semua media sosial kami. Jumpa korang di sana!
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM