Connect with us

Oh! Media

Naim Daniel Akui Sesuatu Selepas Didakwa Terlibat Dalam Kes Amang Seksual

Ohmedia naim Daniel 4

Oh! Artis

Naim Daniel Akui Sesuatu Selepas Didakwa Terlibat Dalam Kes Amang Seksual

Naim Daniel akui hilang banyak tawaran kerja gara-gara kes mahkamah.

Penyanyi terkenal, Naim Daniel mengakui berdepan kesukaran apabila kehilangan beberapa tawaran kerja.

Menurut laporan mStar, perkara ini dikatakan terjadi sepanjang proses perbicaraan kes dakwaan amang seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Ini bukan perjalanan mudah. Sudah tentu ada perkara yang saya terlepas. Tapi saya percaya setiap ujian hadir untuk mendewasakan saya. Hidup mesti diteruskan.

Naim Daniel fokus pada penulisan lagu

Naim Daniel

Walaupun terkesan, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, tetap bersyukur kerana masih menerima undangan menyanyi. Namun kini dia lebih berhati-hati dalam memilih tawaran.

IKLAN

Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran persembahan, namun saya lebih berhati-hati. Buat masa ini, saya mahu beri tumpuan penuh terhadap penulisan lagu kerana itu saluran terbaik untuk saya berkarya.

Jaga mental dan kekal positif

Naim Daniel

Pelantun lagu Sumpah itu juga menekankan kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal supaya terus dapat berkarya.

Saya pastikan sentiasa berada dalam kalangan insan tersayang termasuk keluarga dan rakan-rakan. Cukup tidur, fokus dan kekalkan inspirasi dalam penulisan lagu.

Pssttt! Setiap dugaan dalam hidup adalah ruang untuk belajar dan menjadi lebih kuat. Jangan berhenti melangkah walau berdepan cabaran sebesar mana pun.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas