Connect with us

Oh! Media

Harga Minyak Dunia Melonjak Lepas Israel Serang Doha

Ohmedia serangan israel doha qatar

Oh! Tidak

Harga Minyak Dunia Melonjak Lepas Israel Serang Doha

Harga minyak naik selepas Israel lancar serangan udara di Doha, Qatar, sasarkan pemimpin Hamas.

Bila bercakap pasal Timur Tengah, memang tak pernah sunyi dengan konflik. Kali ni, dunia dikejutkan pula bila Doha, ibu negara Qatar, jadi sasaran serangan udara Israel.

Serangan ni dikatakan menyasarkan pemimpin Hamas, tapi kesannya, pasaran minyak global terus bergolak.

Minyak mentah terus naik lepas serangan Israel…

Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent naik 0.56 peratus kepada AS$66.39 setong. Sementara itu, minyak mentah WTI juga meningkat 0.54 peratus kepada AS$62.97 setong.

IKLAN

Nampak macam peningkatan kecil, tapi bila melibatkan minyak dunia, kenaikan macam ni boleh goncang ekonomi negara-negara pengimport minyak termasuk Malaysia.

Risiko konflik makin merebak…

Menurut Ketua Analisis Geopolitik Rystad Energy, Jorge Leon, serangan Israel ke atas Qatar ni hanya memburukkan lagi ketegangan di rantau Timur Tengah.

Risiko penularan krisis itu ke seluruh rantau semakin ketara. Sebahagian besarnya akan bergantung kepada tindak balas Qatar yang juga sekutu rapat Amerika Syarikat dan anggota utama Majlis Kerjasama Teluk (GCC).Tindakan Qatar seterusnya akan membentuk trajektori dinamik serantau.- Katanya.

Qatar kecam keras tindakan Israel…

Jorge turut mengingatkan bahawa situasi ni bukan setakat boleh jejaskan Teluk, tapi mungkin merebak ke luar rantau tu. Rundingan melibatkan Hamas yang sebelum ni pun goyah, kini semakin buntu dan gelap masa depan penyelesaiannya.

Dalam pada itu, Qatar mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel yang menyasarkan bangunan kediaman anggota Biro Politik Hamas di Doha.

Negara itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan ancaman serius kepada keselamatan rakyat serta warga asing di Qatar.

Pssttt! Konflik di Timur Tengah ni bukan saja hal politik negara luar, tapi sebenarnya ada kesan besar pada kita juga terutama dalam bab ekonomi. Harga minyak naik, kos sara hidup pun boleh terjejas. Ohmedia nasihatkan korang supaya sentiasa ambil tahu isu global, sebab kadang-kadang apa yang berlaku jauh di luar negara, akhirnya tetap memberi kesan pada poket kita sendiri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas