Oh! Artis
Elizabeth Tan Dikecam, Ini Respon Tuan Badan
Elizabeth Tan dikecam netizen yang suruh dia berhenti menyanyi.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Elizabeth Tan menerima kritikan apabila seorang pengguna media sosial secara terbuka meminta dia berhenti menyanyi kerana mendakwa tidak tahan mendengar suaranya.
Menerusi satu hantaran tular di platform Threads, individu berkenaan minta penyanyi itu berhenti menyanyi.
Boleh tak suruh Elizabeth Tan berhenti menyanyi? Sakit telinga aku.
Elizabeth Tan beri respon

Walaupun menerima komen sebegitu keras, Elizabeth Tan menunjukkan kematangan dan kesopanannya apabila tampil memohon maaf secara terbuka dengan hanya satu perkataan.
Maaf.
Tindakan Elizabeth Tan ini mendapat perhatian ramai yang tersentuh dengan cara dia menangani kecaman secara terbuka dan berhemah.
Netizen lain tampil pertahankan

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen tampil mempertahankan Elizabeth dan menyifatkan komen tersebut sebagai tidak wajar dan hanya mahu mencetuskan kebencian.
Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi lagu Knock Knock itu agar tidak berputus asa dan teruskan perjuangan dalam industri seni.