Connect with us

Oh! Media

“Dua Hari Sekali Mimpikan Mereka” – Hafidz Roshdi Rindu Anak-Anak Di Australia

Ohmedia hafidz Roshdi

Oh! Artis

“Dua Hari Sekali Mimpikan Mereka” – Hafidz Roshdi Rindu Anak-Anak Di Australia

Hafidz Roshdi dedah disekat daripada hubungi anak.

Rasa rindu yang tak tertanggung, itulah yang dirasai oleh pelakon Hafidz Roshdi terhadap dua cahaya matanya yang kini berada jauh di Australia bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Lapor Berita Harian, Hafidz berkata, dia dan anak-anak terputus hubungan lebih setahun lalu. Dia hanya mampu melepaskan rindu melalui foto dan video lama.

Tak dapat hubungi sejak Mei tahun lalu

Hafidz Roshdi

Pelakon ini mendakwa bekas isterinya telah menyekat semua laluan komunikasi, membuatkan dia tidak lagi berpeluang bercakap dengan anak-anak.

IKLAN

Boleh kata, dua hari sekali itu mesti termimpikan mereka. Termimpi berjumpa dengan mereka. Untuk ubati rasa rindu, saya cuba kuatkan dirilah. Tengok gambar-gambar dan video-video lama.

Sebelum ini, ada saya berhubung dengan anak-anak melalui panggilan telefon. Tapi, sekarang ini dah tak dapatlah.

Masih aktif walaupun tiada tawaran lakonan

Hafidz Roshdi 1

Walaupun kerjaya seninya agak perlahan, Hafidz tetap aktif meneruskan kehidupan. Dia baru selesai menjalani penggambaran program bual bicara dan kini menjadi pengacara siaran langsung untuk jenama pakaian di TikTok.

Hafidz merayu penerbit dan pengarah memberinya peluang untuk kembali berlakon.

Pssttt! Semoga Hafidz terus kuat dan diberi peluang untuk kembali mendekati anak-anak serta meneruskan kerjaya lakonannya. Hargailah masa bersama keluarga selagi kita masih punya peluang.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas